Vietnam juga antara negara pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan travel. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah.
Jika sebelum ini negara China ada jambatan kaca terpanjang di dunia yang terletak di Gunung Huashan dan juga merupakan salah satu laluan pendaki paling bahaya di dunia dan banyak lagi.
Terbaru, Vietnam dilaporkan bakal membuka sebuah jambatan kaca sepanjang 632 meter yang akan dibuka kepada pelancong tidak lama lagi, dipercayai merupakan jambatan kaca terpanjang di dunia, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.
Pegawai-pegawai pulau pelancongan Moc Chau di wilayah Son La berkata, jambatan Bach Long itu akan dibuka pada 30 April ini sempena cuti Hari Penyatuan Semula.
Ads
Butiran mengenai Bach Long diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia.
Rekod semasa kategori itu menjadi milik jambatan kaca sepanjang 429.98 meter yang dibina di atas Ngarai Besar Zhangjiajie di wilayah Hunan, China.
Ads
Geladak jambatan itu diperbuat daripada kaca kukuh yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Perancis, Saint Gobai dan mempunyai tiga lapisan setebal 40 milimeter.
Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong akan dibenarkan berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa kerana mengambil kira faktor keselamatan. – Agensi
Fuh, dengar pun dah seram. Kalau korang berani tak nak cuba?
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lebih kurang lapan tahun yang lalu, anak kelahiran Ipoh, Catherine Chin Wan Ping Coombes telah mengukir kejayaan di luar negara apabila dinobatkan sebagai pemenang MasterChef United Kingdom (UK) 2014.
Ping juga sering menyediakan hidangan tempatan masyarakat Malaysia yang menarik perhatian juri dan kemenangannya itu hasil dua juadah istimewa yang disediakan iaitu ‘Vanilla and Coconut Pannacotta with Charred Pineapple’, “Freeze-Dried Mango’ dan ‘Pineapple and Lime Air’.
Anak kelahiran Perak ini turut muncul dalam rancangan MasterChef’s Champion of Champions, dimana kesemua juara terdahulu rancangan realiti ini dikumpulkan semula dan bersaing antara mereka.
Dia kembali untuk program malam tahun baharu dan bersaing bersama juara tahun 2011 Tim Anderson, Saliha Mahmood Ahmed (2017), Kenny Tutt (2018) dan Irini Tzortzoglou (2019).
Apabila diumumkan memenangi rancangan realiti memasak itu buat kali kedua, Pin menjelaskan bahawa pencapainnya itu adalah satu ‘impian’.
‘I can’t really believe it all… it’s like a dream. I’m really, really happy.’
Menampilkan hidangan ayam Guinea yang disumbat dengan sosej dan nasi cendawan shittake yang ditaburi dengan limau, halia dan cili, serta ais kacang yang diinovasi bersama meringue berperisa rose dan mousse jagung salted sweet dan dihiasi dengan taburan coconut ice flakes.
Kemenangan ini membuktikan bahawa hidangan tempatan Malaysia juga mampu diangkat ke peringkat antarabangsa dan digemari oleh juri-juri luar negara.
Rata-rata warganet Malaysia meninggalkan komen ucapan tahniah buat Ping Coombees di laman rasmi instagram @masterchefuk.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Ping Coombes atas kejayaannya meraih pengiktirafan di luar negara. Untuk makluman, Ping sudah berhijrah dan menetap di sana, namun dia masih tidak melupakan makanan signature tempatan dan sering menyediakannya ketika cabaran di dalam program realiti tersebut.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kira-kira dua tahun lepas, seluruh dunia kecoh sekejap apabila foto pelakon Mean Girls, Lindsay Lohan yang memakai hijab tersebar di media sosial.
Ramai yang membuat spekulasi Lindsay kononnya telah memeluk agama Islam, berkahwin dengan jutawan dari negara Arab ataupun sengaja melakukan publisiti untuk kekalkan populariti.
Namun, Lindsay buat julung kalinya bercakap di media perdana melalui rancangan The Wendy Williams Show, hujung minggu lepas untuk bercakap tentang kehidupannya yang sebenar, selama ini.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia sebenarnya berulang-alik di antara tiga buah bandar iaitu New York City, Dubai UAE dan Greece atas urusan kerja dan juga untuk mencari ketenangan.
“Setelah episod hitam dalam hidup saya berlaku semasa saya menginap di Los Angelas beberapa tahun lepas, saya inginkan ketenangan dan apa yang saya lakukan ialah membuatkan diri saya sibuk dengan kerja.
“Di New York, saya akan bersama dengan keluarga. Kemudian, saya akan berpatah ke Dubai di mana ia adalah tempat saya untuk betul-betul bekerja. Contohnya sekarang, saya sedang menyiapkan rangkaian kosmetik dan juga, hhm, mereka bentuk sebuah pulau yang bernama ‘Lohan Island’.”
Ouh, wow!
Katanya, pulau miliknya itu termasuk di dalam projek The World Islands, iaitu pulau-pulau kecil yang ditambak mengikut bentuk peta dunia.
“Ia masih dalam peringkat perbincangan. Ya, saya sukakan projek kecil seperti ini untuk membuatkan diri sibuk. I like to keep myself busy,” katanya kepada hos, Wendy Williams.
Selain daripada Dubai, Lindsay juga akan melawat Mykonos di Greece setiap 4-5 bulan sekali untuk melihat kelab malam bernama Lohan Nightclub yang diusahakannya selama ini. Sebuah lagi kelab malam milik Lindsay juga terletak di Greece, iaitu di Athens.
Jadi sekarang, kita tahulah kenapa Lindsay sudah lama tak melakukan kemunculan di karpet merah. Fotonya juga jarang sekali ditangkap oleh paparazi. Ini kerana kegiatan paparazi diharamkan sepenuhnya di Dubai yang menjadi rumah keduanya.
Dubai juga baginya ialah tempat yang tenang kerana jarang sekali dia melihat orang mabuk dan berparti di sana. “Saya merasa selamat di sana. Mudah untuk saya merancang kerja saya tanpa gangguan.”
Lindsay dalam temuramah bersama Wendy Williams.
Selain daripada kerja yang memerlukannya terbang dari satu negara ke negara yang lain, Lindsay juga kini aktif dalam urusan kebajikan bersama mangsa pelarian. Dia selalu berhubung dengan keluarga pelarian di negara seperti Turki untuk berbincang mengenai keperluan di sana terutamanya keperluan kanak-kanak. Malah, Lindsay juga merancang untuk kembali ke Turki dalam masa terdekat.
“Saya rasakan penting untuk memberi kasih sayang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ahli keluarga dan masa depan yang cerah. Itu juga adalah salah satu fokus saya sekarang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai perancangan untuk mempunyai keluarga dan anak sendiri, Lindsay mengatakan buat masa ini dia tidak mempunyai teman lelaki lagi. Namun sudah tentu suatu hari nanti, dia inginkan keluarga seperti orang lain juga.
Kadangkala, kita lupa yang Lindsay Lohan baru berusia 31 tahun kerana dia bermula awal sebagai pelakon Mean Girls. Bagi korang yang rindu untuk menonton lakonan Lindsay, dia akan terlibat dalam penggambaran filem di Riyadh tak lama lagi. Filem berjudul ‘Frame’ itu memaparkan kehidupan seorang jurugambar wanita Amerika yang meninggalkan Amerika untuk menetap di Arab Saudi.
Di sana, dia mendalami kehidupan wanita Mesir yang mempunyai budaya dan hobi berbeza dengan wanita Barat seperti memanah, lawan pedang dan menunggang kuda.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau selalunya kita dengar orang mengunakan teknologi ‘virtual reality’ atau VR untuk bermain game. Tetapi, seorang petani Turki memakaikan cermin mata realiti maya (VR) kepada lembunya dalam usaha meningkatkan hasil harian susu lembu ternakannya.
Izzet Kocak terpaksa membawa masuk lembu-lembunya ke dalam kandang akibat cuaca sejuk. Namun dia masih mahukan haiwan itu menganggap ia sedang bermain di atas padang rumput hijau yang segar.
Petani itu berkata, dia mendapat inspirasi menggunakan kaedah berkenaan daripada sebuah artikel berita mengenai lembu yang memakai cermin mata realiti maya di Rusia.
Izzet tertarik dengan idea tersebut lalu menghubungi syarikat yang membuat cermin mata khas untuk lembu dengan memesan beberapa beberapa set. Menurutnya, lembu-lembunya semakin gembira dan menghasilkan lebih banyak susu selepas memakaikan cermin mata realiti maya itu.
“Saya mendapat purata 22 liter susu setiap hari daripada lembu ternakan. Ada dua lembu yang memakai cermin mata VR dan menonton padang rumput hijau yang luas sepanjang hari dan pengeluaran susu harian meningkat sehingga 27 liter.
“Cermin mata ini secara emosi baik untuk haiwan kerana membuatkannya kurang tertekan dan hasilnya dapat dilihat menerusi kuantiti pengeluaran serta kualiti susu,” katanya.
Dia sebelum ini memasang muzik klasik untuk 180 ekor haiwan ternakannya bagi meningkatkan emosi gembira dan membuatkannya berasa lebih santai. Malah bercadang untuk membeli lebih banyak cermin mata itu bagi kegunaan lembu-lembunya.
“Buat masa ini, kami memakaikan cermin mata VR kepada dua lembu dan memerhatikan peningkatan pengeluaran susu.
“Kami kini dalam fasa percubaan pertama. Untuk peringkat kedua kami menempah 10 set cermin mata VR. Jika percubaan itu berjaya, kami memesan cermin mata untuk semua haiwan ternakan,” jelasnya.
Selain itu, dia turut memantau emosi dan tingkah laku lembu ternakannya dengan alat bantuan penjejakan dengan menerima data daripada cip yang dipasang pada buku lali lembu.
Difahamkan, keluarga Izzet mempunyai ladang menternak lembu sejak tiga generasi lagi. Perniagaan mereka bertahan lama kerana sentiasa berusaha mengikuti perkembangan zaman.
Oleh itu, kini gilirannya pula memastikan perniagaan keluarga berjalan dengan lancar untuk diteruskan kepada generasi akan datang. Dia cuba menggunakan pelbagai pendekatan tidak konvensional seperti kaedah yang dibuat ini.
Untuk info, Teknologi VR telah muncul selama beberapa dekad. Untuk memberi anda idea, paparan headset yang pertama ialah peranti yang dipanggil Headsight yang diwujudkan pada tahun 1960-an. Sebenarnya banyak lagi kegunaan VR dalam bidang-bidang lain yang lebih mencabar atau luar biasa.
Malah, teknologi ini telah digunakan untuk pelbagai benda selama 200 tahun dari sains dan perubatan hingga melatih juruterbang dan membantu arkitek membentangkan lukisan pencakar langit mereka.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Peristiwa ombak tsunami yang menghempas persisir pantai di Pulau Pinang 20 tahun lalu masih jelas dalam ingatan ibu bapa kepada seorang remaja yang terselamat...