
Malang tidak berbau, penulis sangat takut jika melalui kawasan jalan atau jambatan yang belum siap, lagi-lagi musim cuaca yang tak menentu sekarang.
Petang tadi satu tragedi sebuah jambatan dalam pembinaan dilaporkan telah runtuh di Lebuhraya MRR-2 dari Pandan Indah menghala ke Ampang ke Kuala Lumpur.
Menurut laporan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.58 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Komander Operasi berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.
Menurut maklumat awal yang diterima, setakat ini terdapat lima (5) orang mangsa terperangkap di dalam van kilang tersebut. Namun, keadaan kesemua mangsa belum diketahui.
Apa-apapun, mari kita doakan mangsa yang terperangkap daalam van pekerja tersebut selamat.
Sumber : Berita Harian, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Cara Nak Mohon Bantuan Prihatin Nasional, Syaratnya Hanya Daftar Di LHDN Sahaja Bagi Penerima Baru

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara hendak mendapatkan bantuan kewangan Prihatin Nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat lalu. Prihatin dengan semua pihak yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dana sebanyak RM250 bilion akan diagihkan kepada semua dan bagi golongan yang layak terutama B40 dan M40 akan menikmatinya.
Malah semasa pengumuman itu juga nama Makcik Kiah menjadi trending kerana disebut oleh PM sebagai contoh pengiraan mudah untuk rakyat memahaminya.
Ramai yang faham manfaat mereka peroleh tapi ramai bertanya bagaimana cara untuk mendapatnya. Perlu daftar di mana dan sebagainya.
Dalam satu sidang akbbar, Kementerian Kewangan Malaysia, bagi penerima yang layak mengikut kategori yang dinyatakan mereka hanya perlu berdaftar di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDNM di www.hasil.gov.my terutama bagi penerima baru.
Tapi bagi penerima sedia ada seperti penerima Bantuan Sara Hidup (HSH) bantuan akan disalurkan terus ke akaun masing-masing pada April dan Mei akan datang. Hanya penerima baru terutama kategori M40 perlu mendaftar di laman web rasmi LHDN.
Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020,mengikut kelayakan berikut: 
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020
menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau
LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang
semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej
PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan
memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.
Bagi yang tertanya-tanya tu, sila daftar di LHDN ya. Jangan gunakan pihak ketiga kerana dikhuatiri boleh kena tipu oleh scammer.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Luar Negara Ini Kongsi Pengalaman Pulang Ke Malaysia & Dikuarantin Di Hotel

Pengalaman melanjutkan pelajaran di United Kingdom antara yang tidak dapat dilupakan oleh top 20 finalis Dewi Remaja 2018, Qys Batrisya yang merupakan penuntut akhir jurusan undang-undang di University of Essex kerana berhadapan dengan situasi pandemik, koronavirus yang ‘menyerang’ seluruh dunia.
Course yang sepatutnya habis pada bulan Julai tahun ini sepertinya tergendala dek kerana COVID-19 yang semakin merebak disana. Qys mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 3 April lepas.

“Secara jujurnya, saya rasa pendekatan yang dilakukan oleh UK dalam menangani wabak ini adalah sangat mengecewakan. Saya rasa sangat takut sebab semua orang disana tidak mengambil serius tentang situasi ini sampailah dah catat beribu kes kematian, baru UK nak lockdown. Universiti saya sudah tutup sepenuhnya untuk summer term, maksudnya peperiksaan akan dilakukan secara online assessment dan majlis graduasi terpaksa ditunda tanpa diberitahu tarikh tetap,”

“Jadi saya pun mengambil keputusan untuk memberitahu ibu dan ayah bahawa saya ingin pulang ke Malaysia dengan segera. Saya pun beli tiket flight bertarikh 3 April namun pada 31 Mac saya telah mendapat tahu bahawa penerbangan itu dibatalkan berikutan COVID-19. Waktu tu memang saya stres sangat. Saya pun call syarikat penerbangan tersebut untuk urusan pembelian tiket baru dan pada 3 April lepas saya berangkat pulang ke Malaysia,”
“Alhamdulillah perjalanan dalam flight dari Heathrow ke KLIA sangat selesa dan mereka juga masih mempraktik social distancing dengan menjarakkan setiap penumpang pada setiap barisan tempat duduk. Saya juga tidak lekang daripada menggunakan topeng muka dan hand sanitizer sepanjang perjalanan ke sini,” kongsi Qys.

Dikuarantin 14 hari
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, pihak kerajaan Malaysia sangat mengambil serius untuk menangani virus ini daripada terus merebak. Semua yang baru pulang ke negara ini akan dihantar ke tempat kuarantin selama 14 hari demi keselamatan diri dan orang lain.
“Setelah tiba di KLIA pada jam 7 pagi, kesemua penumpang perlu declare keadaan kesihatan masing-masing, sama ada individu tersebut mempunyai simptom atau tidak. Kemudian kami dibawa oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke satu tempat untuk dikuarantin. Ini sudah dijelaskan di dalam form bahawa kami akan ditetapkan di hotel yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan, namun tanpa servis housekeeping dan makanan disediakan tiga kali sehari selama 14 hari kuarantin,”
“Kami tidak dibenarkan langsung bertemu dengan keluarga dan NADMA terus membawa ke hotel kuarantin. Alhamdulillah, tempat yang sangat selesa. Ibu dan ayah dibenarkan menghantar makanan sehari sekali pada jam 5 hingga 6 petang sahaja. Ketika di dalam flight, saya bertemu dengan rakan-rakan baru dan kami membuat satu grup Whatsapp dan hanya berhubung disitu sepanjang dikuarantin,” jelasnya lagi.

Walaupun berada dalam ketakutan kerana risau dengan keadaan sekeliling, namun Qys menganggap bahawa ini adalah pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan olehnya.
“The whole process is such a blessfull experience apart from the scary virus that is happening to the world right now, tetapi saya sangat bersyukur kerana kerajaan Malaysia telah melakukan satu usaha yang sangat baik membanteras wabak ini. Saya berharap agar rakyat Malaysia semua stay at home, jaga kebersihan, stay safe and healthy!,” tambah Qys.
Remaja juga mendoakan agar Qys Batrisya berada dalam keadaan yang sihat dan dapat menjalani proses kuarantin ini dengan baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga Tahun Terpisah, Akhirnya Pasangan Keturunan Uighur Ini Kembali Bersatu.

Konflik yang melanda etnik Uighur di China masih menjadi perdebatan antarabangsa sehingga kini. Banyak pihak menyelar tindakan kerajaan China yang meletakkan rakyat etnik Uighur yang beragama Islam ke pusat tahanan dan merantai kebebasan mereka. Antara yang terkesan dengan tindakan kerajaan China ini ialah pasangan muda Sadam Abudusalamu dan isterinya, Nadila Wumaier.
Sadam merupakan warganegara Australia manakala isterinya pula merupakan warganegara China dan kedua-duanya berasal dari etnik Uighur. Sadam yang sudah tinggal di Australia lebih 10 tahun, melawat China pada tahun 2016 untuk mengahwini isterinya itu.
Dia kembali ke Australia pada tahun 2017 untuk bekerja sementara isterinya menunggu di China sehingga proses mendapatkan visa pasangan untuk masuk ke Australia selesai. Pada tahun yang sama Nadila telah melahirkan anak sulung mereka namun visa Sadam untuk melawat isterinya tidak diluluskan oleh kerajaan China.
Selepas melahirkan anak, keluarga mereka berkata yang Nadila telah ditahan oleh pihak berkuasa China selama dua minggu sebelum dilepaskan. Namun begitu passportnya telah dirampas dan dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah.
.
PERJUANGAN
Selama dua tahun berjuang, Sadam dengan pertolongan kerajaan Austalia telah berhubung dengan kerajaan China untuk membenarkan isterinya meningalkan negara untuk bersamanya di Australia. Walaupun isterinya adalah warganegara China namun anak lelakinya itu diakui sebagai warganegara Australia berikutan rayuan oleh Sadam pada tahun 2019.
Pada bulan Februari tahun ini, wakil ketua misi China di Australia, Wang Xining, mengatakan di rangkaian televisyen ABC yang Wumaier tidak mahu meninggalkan Xinjiang. Namun perkara sebenar terbongkar apabila Nadila memuatnaik gambar ke Twitter yang memegang kertas dengan mesej ‘Saya mahu pergi dan bersama suami saya’.
.
Akhirnya setelah bertahun terpisah, pasangan ini akhirnya berjaya disatukan di Sydney, Australia. Menurut peguam yang mewakili Sadam, Michael Bradley kepada BBC, “Kami mengetahui yang Nadila dan anak mereka, Lutfy boleh meninggalkan China kira-kira dua ke tiga bulan lalu.”
Setelah menempuh perjalanan lebih 48 jam akhirnya Nadila dan anaknya tiba di Brisbane, Australia dan mejalani proses kuarantin di sebuah hotel di sana sebelum tiba di Sydney pada Jumaat untuk bersama suaminya. Kini mereka memulakan kehidupan baru dan dalam nota yang dimuat naik di Twitter, Sadam meminta media supaya menghormati privasi mereka.
Sumber: BBC, AlJazeera & FMT
Sumber Gambar: Twitter Sadam Abudusalamu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

