Jambatan Lebuhraya MRR2 Runtuh, Van Kilang Terperangkap

Share

Malang tidak berbau, penulis sangat takut jika melalui kawasan jalan atau jambatan yang belum siap, lagi-lagi musim cuaca yang tak menentu sekarang.

Petang tadi satu tragedi sebuah jambatan dalam pembinaan dilaporkan telah runtuh di Lebuhraya MRR-2 dari Pandan Indah menghala ke Ampang ke Kuala Lumpur.

Menurut laporan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.58 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Komander Operasi berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.

Menurut maklumat awal yang diterima, setakat ini terdapat lima (5) orang mangsa terperangkap di dalam van kilang tersebut. Namun, keadaan kesemua mangsa belum diketahui.

Apa-apapun, mari kita doakan mangsa yang terperangkap daalam van pekerja tersebut selamat.

Sumber : Berita Harian, Sinar Harian

Published by
Nana