Jambatan Terpanjang Di Dunia Kini Dibuka, Jarak Sepanjang 721 Meter

Share

Jika di Malaysia kita mempunyai tarikan rekreasi jambatan gantung di FRIM dan beberapa taman negara di seluruh negeri, sebuah jambatan gantung yang dipercayai terpanjang di dunia pula terletak di Dolni Morava, Republik Czech.

Menurut laporan CNN, jambatan gantung ini dikenali sebagai Sky Bridge 721 yang mempunyai jarak sepanjang 721 meter dan tergantung di udara pada ketinggian 95 meter di atas kawasan lembah di bawahnya. Ia telah dibuka secara rasmi pada 13 Mei lalu.

Sumber: CNN

Projek pembinaan jambatan ini mengambil masa selama dua tahun dan menghubungkan antara dua tebing gunung yang terletak di kawasan itu. Pengunjung berpeluang untuk menikmati pemandangan menakjubkan pergunungan Jeseniky dan mampu memberikan pengalaman mencabar kepada mereka.

Instagram: @vickyliebtdich

Sky Bridge 721 ini hanya selebar 1.2 meter, dibina pada altitud antara 1,110 meter dan 1,116 meter dari paras laut. Khabarnya, jambatan gantung ini telah mengatasi rekod Jambatan Banglung Parabat di Nepal yang mempunyai jarak 567 meter.

Instagram: @vickyliebtdich

Seorang blogger dari Austria telah berkongsi foto melawat Sky Bridge 721 di laman instagramnya. Jelasnya, dia takut jambatan gantung itu bergegar dengan kuat namun ia tidaklah seteruk yang disangka. Pemandangannya sungguh menakjubkan dan pengunjung boleh melihat hutan belukar dibawah trellis itu. Nah, pastikan korang tidak takut tinggi okay?

Instagram: @vickyliebtdich

Untuk info, jarak Sky Bridge 721 ini adalah sekitar 2 jam 30 minit pemanduan dari ibu kota Czech, Prague. Sekiranya korang ingin melancong ke Prague, mungkin boleh masukkan lokasi jambatan gantung ini dalam itinerari percutian korang.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman