Jamin Anak Ditahan Ingkar PKP, Bapa Bayar Guna Duit RM1 Hasil Pecah Tabung

Share

Walau sudah berulang-ulang kali “dinyanyikan” stay at home, stay at home, tapi adakalanya kedegilan mengatasi nasihat.

Tanyalah pada mana-mana ibu atau bapa, buruk mana pun perangai anak, mereka masih mengakui anak mereka baik. Doa tak pernah putus untuk anak berubah jadi lebih baik dari sebelumnya tapi hari ini, anak-anak susah mendengar kata. Mereka hanya mahu menurut kata hati dan lebih gemar mendengar nasihat kawan-kawan yang perangainya lebih kurang sama.

Terbaru, seorang pengguna fb, Iza  berkongsi kisah seorang bapa yang sanggup korek wang tabung demi membebaskan anaknya yang ditahan akibat melanggar perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki fasa ke tiga hari ini.

REMAJA mengharapkan anak-anak agar mendengar kata dan tidak sampai menyusahkan ibu ayah dengan berkelakuan begini. Kalau kita orang senang, wang mungkin bukan soalannya tapi kalau sekadar biasa-biasa saja kehidupannya, adalah lebih baik duduk di rumah dan mendengar kata supaya tidak menyusahkan sesiapa.

Seorang bapa membayar wang jaminan dalam nilai RM1 dan duit siling untuk anak remajanya yang ingkar ditahan semasa PKP

Terima bayaran kompaun pagi tadi dr seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling? Kenapa guna duit RM1.  Jenuh Iza nak mengira pagi td. Bila ditanya. Jawapannya “KOREK TABUNG”. Sentap hati ni dengar.

Wahai anak-anak sekalian terutama anyg masih belum bekerja. Masih bersekolah, tolonglah duduk rumah. Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan2 bagai. Jangan mengada-ngada konon-konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena nah ko susahkan mak pak.  Korang ingat senang nak cari duit?

Iza doakan bila anak-anak ini dah bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni. Perit wei kira duit tabung semata-mata nak bayar kompaun untuk anak.

Please duduk rumah
Stay at home

#sentappagini
#kitajagakita
#stayathome

Gambar : Sekadar hiasan dari Google

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros