Foto Via Pexels

Tidak tertumpu kepada orang muda dan remaja, kini aplikasi TikTok turut digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Tapi korang tahu tak sebenarnya TikTok ini mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Jana Pendapatan Belasan Ribu Sebulan Di TikTok, Hebat ‘Content Creator’ Dari Malaysia

Jika sebelum ini TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya. Lantas, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini hasil daripada populariti menari.

ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Buat Video Di TikTok, Tak Sangka Remaja 16 Tahun Mampu Raih Pendapatan Bersih RM16 Juta

Jana Pendapatan Belasan Ribu Sebulan Di TikTok, Hebat ‘Content Creator’ Dari Malaysia

Orang muda dari Malaysia tidak kurang hebatnya, seorang pengguna media sosial Twitter, @razharaman telah memuat naik satu gambar, di mana seorang individu mengaku terima bayaran yang tinggi sepanjang beliau menjadi content creator atau pencipta kandungan.

Ads

 

Melalui tangkap layar kenyataan individu terbabit, dia mengaku bahawa dia adalah seorang pelajar ijazah sarjana muda dan dalam masa yang sama beliau juga seorang pencipta kandungan.

Ads

Jana Pendapatan Belasan Ribu Sebulan Di TikTok, Hebat ‘Content Creator’ Dari Malaysia

“Purata pendapatan saya di TikTok selama sebulan ialah kira-kira $1,000 (RM4,000 sesuatu). Jumlah tertinggi yang saya perolehi $2,600 (RM12,000). Saya memperoleh daripada hadiah video, ulasan (kadang-kadang) dan hadiah di Live (selalunya). Saya lakukan Live hampir setiap hari atau di masa lapang. Saya mendapat minimum $50 sehari selama 2 jam (berdasarkan pemerhatian saya),” kata individu terbabit.

Selain itu, beliau turut akui bahawa ada pencipta kandungan yang berjaya mendapat sehingga RM10,000 sehingga RM20,000 sebulan.

Ads

Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa individu di Twitter yang mengakui bahawa mereka mendapat wang bulanan hasil daripada video di TikTok. Selain itu, sebahagian netizen turut terkejut dengan pendedahan ini. Malah, pemilik twitter ini turut menasihati TikTokers agar mendaftar di SSM dan cukai agar senang untuk membeli rumah atau kereta.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI