Wah, akhirnya selebriti popular wanita Korea, Jang Nara akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Jang Nara telah mengumumkan secara rasmi di laman webnya bahawa dia akan mengikat tali pertunangan bersama teman lelakinya yang bukan dikalangan selebriti.
Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, Jang Nara mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang enam tahun lebih muda daripadanya.
Berikut adalah mesej penuh yang disampaikan oleh selebriti Korea itu kepada para peminatnya.
Saya mempunyai sebuah berita gembira untuk dikongsi bersama anda semua hari ini. Saya akan berkahwin!
Selepas dua tahun berkenalan dengan lelaki yang enam tahun lebih muda daripada saya dan bekerja dalam bidang pembikinan video. Kami telah berjanji untuk menjadi teman sehidup semati. Saya jatuh cinta kepada senyumannya yang manis, mempunyai hati yang baik dan tulis dan melihat caranya begitu ikhlas dalam mencurahkan segalanya pada bidang kerjayanya.
Hakikatnya, saya akan menghabiskan hidup bersama-sama dengan orang yang begitu hebat membuatkan saya sangat gembira sehingga saya tidak mahu meminta apa-apa lagi. Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama anda semua yang sangat berharga buat saya.
Kami akan hidup gembira bersama!
Sepertinya baru semalam, tidak ada apa yang istimewa, memulakan kerjaya sebagai selebriti tetapi semuanya berlalu dengan begitu cepat. Saya sanga
t berterima kasih kerana telah menyokong saya dan sentiasa setia bersama kerjaya saya.Saya bercadang untuk menghadiahkan satu projek istimewa selepas berkahwin, jadi saya akan bekerja keras untuk membuat persiapan itu juga. Saya akan menjadi seorang pelakon yang sentiasa melakukan terbaik dalam setiap pekerjaan yang diberi.
Saya begitu kesal kerana tidak dapat menjelaskannya dengan lebih terperinci (tentang tunang saya) kerana bimbang dia bukan selebriti mungkin berasa tidak selesa di tempat kerja kerana saya. Saya harap para peminat semua faham akan situasi ini.
Terima kasih!
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bintang Korea ini. Sama-sama kita nantikan sekiranya Jang Nara ingin berkongsi foto bersama tunangnya itu. Tak sabar rasanya nak melihat Jang Nara di hari perkahwinan.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.