Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau dalam isu memboikot barangan atau perniagaan yang dikaitkan dengan Israel. Ini termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau sehingga memberikan keaiban kepada mana-mana pihak”
“Atas asas kesatuan dan ihsan, semua pihak adalah diseru untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan kepada Palestin” – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel tidak boleh diterima sama sekali dan tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadab, melampau serta di luar batas kemanusiaan” – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Beliau memberi peringatan itu ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaib dan mengganggu pelanggan menunggu giliran membeli makanan secara pandu lalu di sebuah restoran makanan segera.
Sekaligus mengenai gerakan #Blockout2024 yang bertujuan untuk memboikot selebriti atau pempegaruh yang tidak menggunakan medium media sosial sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Tambah beliau, apa juga tindakan yang diambil dalam kempen solidariti wajar dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak. Selain itu, Datuk Dr Mohd Na’im juga menyeru semua pihak untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan mengelak tindakan yang boleh mengundang keresahan awam.
Sekadar info, gerakan #Blockout2024 adalah kempen yang berasal dari luar negara mendapat perhatian orang ramai bagi memboikot selebriti atau pempegaruh yang bekerjasama mempromosikan produk yang didakwa memberi sumbangan kepada Zionis.
Ads
Sementara itu, April lalu tular di media sosial video yang menunjukkan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Kuantan yang dilakukan beberapa individu. Susulan kejadian itu, polis telah menahan lima orang kerana disyaki mengugut pelangan berkenaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Video seorang lelaki yang menampar seorang perempuan hanya disebabkan dia tidak berhijab di kawasan awam telah menular di internet sejak minggu lalu.
Malah, kejadian tidak masuk akal itu dilaporkan oleh portal dari United Kingdom iaitu dailymail.com
Di dalam kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang, lelaki itu dilihat menarik keluar perempuan yang sedang duduk di sebuah perhentian bas.
Dia kemudiannya menanya secara kuat tentang agamanya iaitu Islam dan mempersoalkan cara dia berpakaian secara terbuka tanpa menghiraukan aib perempuan tersebut.
Setelah cuba untuk tak menghiraukan teguran kasar lelaki itu dan cuba untuk menelefon seseorang, lelaki itu secara tiba-tiba menampar muka menggunakan bahagian belakang tangan.
Orang ramai yang berada di situ mengambil keputsan untuk mencampur tangan dengan meleraikan kedua-dua orang tersebut agar tiada laku perlakuan ganas dilakukannya.
Hal ini bukan saja dipercakapkan di serata dunia dek kerana perkongsian yang dilakukan oleh dailymail.com. Ia juga mendapat perhatian selebriti, Noor Neelofa mengenai bagaimana Islam tidak sesekali membolehkan perlakuan tersebut di khalayak ramai, walaupun dengan niat untuk mengajar.
“Inikah cara kita untuk memperlihatkan agama Islam dan negara Malaysia di mata negara bukan Islam?
“Kita ingin semua orang tahu yang Islam adalah agama yang cantik dan bersikap menghormati di antara semua insan. Apabila perkara ini terjadi, secara tak langsung agama kita yang akan mendapat reputasi teruk.
“Lelaki seharusnya melindungi wanita, bukannya menggunakan kekasaran terutamanya seperti ini. Ada cara yang lebih molek untuk mengajar dan perbuatan memukul orang sesuka hati BUKANLAH CARANYA,” simpul Neelofa dalam post yang dimuat naik di Instagram.
Apa yang diperkatakan oleh Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia itu ada kebenarannya. Islam memang menyuruh agar umatnya menutup aurat dan di dalam hal ini, berhijab menutupi rambut.
Namun, pendekatan yang diambil oleh pemangsa dilihat tidak bersesuaian, sekalipun jika dia mempunyai pertalian darah daging dengan perempuan tersebut.
Penulis berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi terjadi. Islam itu mudah dan kita sebagai umatnya harus memperlihatkan sisi positif agama terutamanya kepada orang luar yang bukan beragama Islam.
#WorldHijabDay
#StrongInHijab
#WonderHijab
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak ada duit juga boleh jadi punca pergaduhan, perkelahian, perceraian dan lain lagi.
Di saat pasangan Youtuber terkenal Dubai, Anas dan Asalah Marwah meraikan hari istimewa dan membelanjakan USD95,000 bersamaan RM500,000 hanya untuk mengumumkan jantina anak kedua mereka iaitu lelaki, netizen mula berbalah sesama sendiri.
Ramai menyifatkan ia sebagai satu pembaziran di mana kata mereka wang itu patut dibelanjakan untuk pendidikan anak-anak miskin. Masa yang sama, ada berpendapat, wang itu wang mereka dan biarlah pasangan ini berkongsi kegembiraan dengan cara mereka yang tersendiri.
Dua hari lalu,pasangan Youtuber terkenal ini meraikan hari istimewa dengan cara tersendiri. Enggan mengikut tipikal biasa dilakukan termasuk membuat baby shower dengan belon, pakaian sedondon dan tema biasa, pasangan terkenal ini tampil dengan slide performance di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa untuk membuat pengumuman tersebut.
Diraikan oleh ahli keluarga, jelas tertera kegembiraan di hati pasangan ini ketika pengiraan detik pengumuman gender reveal yang kini semakin popular dalam masyarakat dunia hari ini. Mengendalikan saluran You Tube Anasala Family dan mempunyai lebh 2.5 juta pengikut di Instagram dan 7.67 juta di YouTube, video gender reveal pasangan YouTuber ini sudah pun mencapai tontonan jutaan penonton yang teruja menyaksikannya.
Pasangan ini mengambil masa kira-kira sebulan setengah sebelum dapat merealisasikan impian ini yang mana ia menjadi memori manis dalam membina keluarga. Dengan harta kekayaan sebanyak RM5.4 juta hasil pendapatan sebagai YouTuber, pasangan ini sering mendapat perhatian ramai ketika di luar.
Apa pun memang sweet tengok video pelancaran baby mereka ini.
Semua sedia maklum, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan larangan drastik bermula Januari 2019.
Penulis yakin remaja diluar sana pun sedar tabiat merokok ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, namun mereka sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin yang terkandung dalam rokok ini.
Tetapi, fakta terbaru ini akan buat korang fikir dua kali kalau nak merokok. Dalam kajian terbaharu yang dijalankan saintis Unoversiti Bristol, UK mendapati bahawa golongan perokok berisiko tinggi menderita masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depresi) dan skizofrenia.
Daripada melihat sama ada perokok mempunyai kecenderungan genetik kepada penyakit kemurungan atau skizofrenia, pengkaji menggunakan data genetik untuk mengenal pasti hubungan antara sebab dan akibat daripada tabiat merokok.
Menggunakan data daripada 462,690 individu Eropah dengan menggunakan kaedah rawak Mendelian (Mendalian randomization) yang melibatkan pengenalpastian variasi genetik yang berkaitan dengan sifat (kemurungan atau skizofrenia) dan kemudian menguji dalam pelbagai variasi pendedahan.
Kemudian pengkaji meletakkan kesimpulan tabiat merokok bukan sahaja meningkatkan risiko seperti kemurungan dan skizofrenia tetapi juga berisiko tinggi menghadapi gangguan bipolar. Namun begitu, pengkaji dapati mereka yang mengalami kemurungan adalah lebih cenderung untuk merokok berbanding skizofrenia.
Thailand Larang Merokok Dalam Rumah
Bukan di Malaysia sahaja isu rokok ini dipanjang serius, berikutan dengan tabiat yang banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, kerajaan Thailand telah menguatkuasakan larangan merokok dalam rumah sebagai salah satu inisiatif mengurangkan kematian yang disebabkan oleh rokok.
Indonesia Haram Iklan Rokok
Bukan itu sahaja, Indonesia turut mengikut jejak langkah Thailand dengan mengharamkan semua iklan rokok dalam talian berikutan umur perokok di Indonesia adalah besar dalam kalangan remaja.
Tetapi apa pun semua bergantung pada diri si perokok tu sendiri. Apa pendapat korang?
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...