Kalau selama ini jeans korang tak tahan lama dan cepat lusuh rasanya mungkin sebab korang salah mencuci jeans tu.

Menurut CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh mengatakan bahawa ia tidak sarankan untuk jeans tersebut di cuci dengan mesin basuh. Selain daripada boleh merosakkan seluar, teknik cucian ini juga dilihat sebagai satu pembaziran air.

Jangan Bazirkan Air & Elektrik, Ini 3 Cara Cuci Jeans Agar Tak Cepat Rosak

“Rata-rata seluar jeans  yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan, jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.

Namun begitu, jika tidak dicuci selama berbulan-bulan, jeans tersebut boleh menimbulkan bau yang tidak enak dan mengundang pengumpulan bakteria. Jadi, apa kata selepas ini korang cuba tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.

1. Cuka

Ads

Jangan Bazirkan Air & Elektrik, Ini 3 Cara Cuci Jeans Agar Tak Cepat Rosak

Tidak hanya digunakan sebagai pelengkap masakan, cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama setengah jam.

Berbeza dengan sabun yang akan membuatkan warna asal jeans pudar, penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya.

Jangan risau akan bau yang kurang enak itu sebab selepas jeans tersebut kering, bau itu akan hilang.

Ads

2. Wap air

Jangan Bazirkan Air & Elektrik, Ini 3 Cara Cuci Jeans Agar Tak Cepat Rosak

Jangan pernah mencuci jeans dengan menggunakan air panas kerana ia dapat membuatkan material ini mengecut. Sebaiknya, gunakan wap air.

Ads

Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.

3. Gantung di tempat berangin

Jangan Bazirkan Air & Elektrik, Ini 3 Cara Cuci Jeans Agar Tak Cepat Rosak

Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering.

Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari tempat yang berangin, contohnya gantung di hadapan atau bawah kipas angin.Selamat mencuba!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI