Jangan buang kulit durian anda, ia mungkin berguna jika anda memiliki kucing. Haaa…rupanya selama ini ada kegunaan lain untuk kulit durian selain dari menghalau nyamuk dan menghilangkan bau hapak.
ARTIKEL BERKAITAN: Guna 2 Bahan Hilangkan Bau Kucing Di Rumah, Baru Selesa Tetamu Bertandang
Beberapa video di media sosial baru-baru ini tular menunjukkan pemilik kucing memberus bulu anak kucing mereka dengan kulit durian kosong.
Dalam video yang dikongsi oleh Mathilda Z di laman Instagramnya, seekor kucing dilihat berguling-guling ke sisi ketika disikat bulunya dengan cengkerang durian.
Bahkan sebelum video itu tamat, insan itu mendedahkan berapa banyak bulu yang gugur dari tubuh kucing itu setelah disikat dengan kulit durian. Wow! Hebat sangat!
Manakala, satu lagi video menunjukkan seekor kucing dalam keadaan gembira apabila pemiliknya menyapu pipinya dengan kulit durian. Lah…
tak rasa tajam ke eh duri durian tu di muka kucing?Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut terkejut dengan penemuan unik itu. Maklumlah selama ini lepas habis makan durian je terus campak masuk tong sampah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.