Jangan Buat Main Dengan Elektrik, Remaja Maut Selepas Cas Telefon Ketika Mandi

Share

Akibat sikap tidak endah, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik ketika mandi.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Perancis maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi sambil menggunakan telefon bimbitnya yang sedang dicas.

Difahamkan, mangsa mengecas telefon bimbitnya dan secara tidak sengaja telefon itu tergelincir dari tangan lalu terjatuh ke atas dadanya sebelum termasuk ke dalam tab mandi.

Mangsa terus terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri.

Kejadian itu diketahui oleh bapanya yang kemudian segera mengejarkan anaknya itu ke hospital. Malangnya, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Menurut sumber, itu bukan kali pertama mangsa menggunakan telefon bimbitnya ketika mandi. Ibu bapanya sebelum ini sudah puas menasihatinya untuk tidak berbuat demikian tetapi tidak diendahkan oleh mangsa.

Penulis sendiri selalu melihat rakan dan ahli keluarga sendiri selalu bawa telefon ke dalam tandas. Tapi jarang pula kita dengar cas telefon dalam tandas kan?

Apapun, malang tidak berbau gais.

Kalau sehingga boleh mengancam nyawa, it is not worth it guys. Lebih baik kita utamakan apa yang patut kita lakukan dahulu!

Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz

Published by
Nana