Sama ada anda seorang peminat K-Pop atau tidak, pasti anda sudah lali dengan imej ‘lelaki cantik’ yang sering ditampilkan oleh artis lelaki Korea Selatan, terutamanya oleh idol groups
mereka. Artis lelaki Korea selama ini tidak pernah janggal menggayakan eye-liner dan pemerah bibir, bahkan menjadi duta untuk produk kosmetik.Baru-baru ini satu kumpulan baru, New-Ace, mula diperkatakan oleh netizen selepas melancarkan gambar promosi menjelang debut rasmi mereka. Grup K-Pop yang menggunakan nama J-Peace sebelum ini cepat menyambar perhatian kerana gambar-gambar profil mereka yang agak…menarik?
Reaksi netizen Twitter agak bercampur-baur. Ada yang mengecam, ada juga yang menyokong.
Hmmmm… nak komen apa eh? Korang jelah yang komen!