Yuna dan suaminya, Adam Sinclair sememangnya mempunyai sentuhan emas terhadap visual video muzik yang mereka cipta bersama untuk single terbaru penyanyi tersebut.
Sejak muncul dengan video muzik Forevermore diikuti oleh Blank Marquee, Yuna dan Adam menerima pujian peminat dari Malaysia dan antarabangsa kerana bijak menampilkan lokasi indah di sekitar Semenanjung Malaysia.
Antara lokasi yang paling memberi impak tentunya adalah stesen minyak lama di Kangar, Perlis dalam Forevermore. Buktinya, stesen minyak lama itu tak putus-putus menjadi perhatian orang ramai yang berkunjung untuk mengambil gambar OOTD terutamanya pada musim Aidilfitri ini.
Apa yang tak berana nak best-nya adalah apabila sesetengah daripada mereka
menceroboh masuk dengan memanjat pagar stesen berkenaan. Untuk pengetahuan, ia merupakan kawasan persendirian.
Hari ini, pemilik stesen minyak itu meluahkan rasa kesal melalui Twitter dan berkata, “Hi Yuna, saya pemilik stesen minyak dalam video muzik you. Saya perlukan pertolongan kamu, jika orang ramai nak datang ambil gambar tolonglah jangan panjat pagar kami. Seorang buat pasti yang lain ikut,” katanya dalam bentuk Tweet.
Usaha mendapat perhatian Yuna nyata tak sia-sia apabila Yuna memuat naik retweet sambil memohon, “Kepada semua yang melawat lokasi Forevermore di Kangar Perlis termasuklah stesen minyak ini, tolong hormati perniagaan mereka dan pemilik. Jangan menceroboh masuk.” Pemilik akaun itu kemudian berterima kasih kepada Yuna.
Sebelum ini, Yuna pernah berkongsi bahawa dia dan rakannya dahulu selalu mengisi minyak sehingga RM15 dan memandu kereta Perodua Kancil ke bandar terdekat.
Oleh itu, video muzik Forevermore didedikasikan kepada semua stesen minyak di pekan kecil seperti ini.