Penyanyi dan anggota kumpulan terkenal BTS, Jungkook baru-baru ini memberi peringatan tegas kepada peminat ‘sasaeng’ agar menjauhi rumahnya yang terletak di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.

Menerusi siaran langsung di platform peminat K-pop iaitu Weverse, Jungkook atau Jeon Jungkook (27) telah berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya yang sedang bercuti daripada latihan khidmat ketenteraan serta sempat menunjukkan beberapa kawasan ruangan dalam di rumah barunya. Namun, pelantun lagu ‘Standing Next To You’ itu turut memohon permintaan penting kepada para peminat.

“Saya lihat khabar mengenai saya berpindah di rumah baru ini sudah pun tersebar di Youtube. Jadi sebab saya sudah pindah, saya harap orang-orang tidak datang mengunjungi rumah saya”

“Jangan Datang Rumah Baru Saya…” Jungkook BTS Beri Peringatan Tegas Kepada Peminat ‘Sasaeng’
Jungkook memberi peringatan kepada peminat agar tidak datang mengunjungi rumahnya.

“Saya akan sangat menghargai jika anda menghindarinya (datang ke rumah),” katanya semasa siaran langsung tersebut.

Dalam pada itu, ahli termuda BTS itu turut memberi peringatan dan menjelaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang hadiah daripada para peminat yang akan dihantar ke rumah barunya. 

“Jika ada yang nak hantar barang ke alamat rumah baru saya, maaf tapi saya tak akan terima dan semuanya akan dikembalikan semula,” ujarnya.

“Sebaiknya, awak semua hantar saja surat ke alamat syarikat sebab di situ saya boleh ambil dengan aman,” jelasnya lagi.

BACA: The Pixel Project Pilih RM BTS Sebagai Salah Satu Daripada 16 Tokoh ‘Male Role Models’

Ads

BACA: Jin BTS Adakan Acara ‘Merry Run Around’, Bakal Tatap Muka 50 Peminat Paling Bertuah!

“Jangan Datang Rumah Baru Saya…” Jungkook BTS Beri Peringatan Tegas Kepada Peminat ‘Sasaeng’
Jungkook Ketika Bersiaran Langsung Di Weverse Baru-baru Ini

Selain itu, Jungkook juga memberitahu para peminat agar berhenti untuk menghantar hadiah di pangkalan kem tenteranya.

“Banyak sangat barang yang dihantar ke kem saya tetapi saya tak dapat menerimanya. Ada yang hantar makanan juga dan itu pun saya tak boleh terima. Saya sangat hargai setiap usaha peminat tetapi saya harap awak semua boleh menahan diri,” kata Jungkook.

“Seperti yang awak semua tahu, ini adalah hal yang sensitif,” tambahnya lagi.

Ads

BACA: Ditahan Dan Disoal Siasat Polis, SUGA BTS Kantoi Tunggang Skuter Dalam Keadaan Mabuk

BACA: Hilang 100 Ribu Pengikut Di Instagram, Peminat Kecewa V BTS ‘Sokong’ Jenama Israel

“Jangan Datang Rumah Baru Saya…” Jungkook BTS Beri Peringatan Tegas Kepada Peminat ‘Sasaeng’ “Jangan Datang Rumah Baru Saya…” Jungkook BTS Beri Peringatan Tegas Kepada Peminat ‘Sasaeng’

Sementara itu, menurut beberapa laporan, ini bukan pertama kalinya Jungkook dan anggota BTS lainnya terpaksa menghadapi masalah peminat obsesif atau lebih dikenali sebagai ‘sasaeng  fans’. 

Ads

Terdahulu, pada Mei lalu, Jungkook pernah memberi amaran yang serupa mengenai penghantaran makanan dengan menyatakan “tolong jangan kirim makanan ke rumah saya. Saya tidak akan memakannya”.

BACA: “Ramai Askar Bekerja Keras Untuk Melindungi Negara,” J-Hope BTS Berjaya Selesaikan Latihan Ketenteraan

BACA: Jimin BTS Kena ‘Scam’ Dengan Pelawak Lee Jin Ho, Alami Kerugian Sebanyak 100 Juta Won Kerana Langsaikan Hutang Judi!

Menurutnya, dia sangat menghargai usaha para peminat tetapi jika mereka masih degil melakukan perkara yang sama, Jungkook akan memeriksa alamat penghantar dan mengambil tindakan undang-undang.

Sekadar info, empat ahli BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI