Bila pergi temuduga kerja, ramai yang takut nak bertanya soalan kepada bakal majikan. Iye la, takut pula nanti kalau mereka anggap yang kita ni belum apa-apa lagi dah banyak soalan.
Nope guys. Sebenarnya korang memang ada hak untuk bertanya sekiranya ingin tahu tentang syarikat dan lebih-lebih lagi mengenai jobscope korang nanti.
Jangan terlalu asyik mendengar saja, korang juga boleh bersuara, contohnya dengan memberi soalan-soalan yang berkaitan dengan tawaran pekerjaan yang diberi.
Walau bagaimanapun, elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak berkaitan dan boleh membawa kepada pandangan negatif bakal majikan terhadap diri korang.
Jadi, berikut seperti apa yang dikongsi oleh MauKerja, ini adalah antara soalan-soalan yang korang boleh tanya selepas interview.
Perkara paling penting untuk korang tanya adalah tentang jobscope tawaran pekerjaan tersebut. Mestilah penting untuk korang tahu apa yang perlu dibuat sepanjang bekerja nanti.
Selain itu, tanya pihak syarikat berkaitan dengan kualiti pekerja yang bagaimana mereka cari. Bolehlah korang berusaha untuk menjadi yang terbaik jika dipanggil bekerja.
KPI juga adalah yang korang wajib tahu. Apa yang perlu dicapai dalam masa 30 hari, 60 hari dan setahun sebagai penilaian prestasi kerjaya korang.
Selain daripada jobscope, korang juga boleh tanya berkaitan dengan environment yang diterapkan dalam syarikat dan misi syarikat dalam 5 tahun kehadapan. Tanya interviewer tentang apa yang membuatkan mereka suka untuk bekerja di syarikat berkenaan. Jangan tak tahu, ini pun info yang boleh korang tanya dan dari sini, korang boleh lihat bagaimana persekitaran tempat kerja itu nanti.
Sebagai seorang bakal tenaga pekerja, korang juga layak untuk bertanya sekiranya ada sesi training
yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab bekerja. Akhir sekali, selepas sesi interview ini, adakah prosedur-prosedur lain yang perlu korang lalui sebelum diterima bekerja.Okay got it? Yang penting korang jangan tinggalkan bilik temuduga tanpa sebarang soalan. Ramai calon yang gagal kerana disebabkan ini. Jadi, ringan-ringankanlah sedikit mulut tu untuk bersoal jawab bersama bakal majikan korang.
Good luck gaiss!