“Jangan Fitnah… Bersangka Baik” -Dakwa Majlis Resepsi Bertentangan Budaya & Agama, Dr. Amalina Bakri Tampil Beri Penjelasan.

Share

Sedia maklum, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suami tercintanya, Alexander Charles pada April 2021 yang lalu.

Namun begitu, mereka hanya sempat mengadakan majlis ringkas sahaja atas faktor pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom, pada ketika itu.

Terbaharu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami tercintanya selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘Speaking’ Macam Mat Salleh? Ini Tip Dari Dr Amalina Bakri Yang Korang Boleh Try

Menerusi perkongsian dibuat wartawan Buletin Utama yang kini menetap di London, Haliza Hashim, dapat dilihat kemeriahan majlis tersebut yang berkonsep ‘Garden Wedding’.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang dilihat mempertikaikan majlis tersebut dengan mendakwa ia seakan mengikut serta menyerupai budaya serta agama lain.

Hal ini kerana, mereka mendakwa terdapat seorang lelaki yang seakan-akan paderi duduk di antara pasangan ini sewaktu majlis tersebut berlangsung.

Melihat kepada beberapa komen negatif yang diberikan, pelajar cemerlang SPM 2004 itu tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan menyatakan bahawa majlis resepsi yang diadakannya itu merupakan resepsi biasa dan bukanlah majlis ritual agama Kristian seperti yang didakwa segelintir warganet.

Dr. Amalina juga menjelaskan bahawa lelaki yang didakwa merupakan paderi tersebut hanyalah seorang pengacara majlis bagi resepsi perkahwinannya itu.

“Ini adalah garden party weding reception untuk sebelah suami saya, bukan Christian wedding. Yang di tengah itu adalah emcee. Ibu saya bersajak dalam bahasa Melayu.

“Saya, suami dan rakan-rakan beri ucapan. Jangan fitnah, hati-hati menulis komen. Bersangka baik,” jelasnya menerusi sebuah komen.

Sekadar info, Dr. Amalina telah mendirikan rumah tangga bersama Alexander Charles pada Aril 2021 dan hasil perkahwinannya itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Arabella Mia.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Haliza Hashim

Published by
Fath