Nampaknya hari ini tiada topik lebih hangat melainkan tentang keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini terutamanya di kalangan remaja. Pelbagai reaksi telah dikongsi oleh banyak pihak sama ada di laman media sosial ataupun menerusi portal berita terkenal seluruh tanah air.
Remaja juga tidak ketinggalan memaparkan reaksi serta respon daripada pelbagai pihak terutamanya selebriti. Pada hari ini, Remaja berkesempatan bertemu mata dengan pelakon dan penyanyi muda terkenal dengan drama ‘Mencintaimu Mr. Photographer’, Hannah Delisha.
Dan peluang ini Remaja ambil untuk mendapatkan reaksinya tentang keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini.
“Tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang mendapat keputusan baik, don’t give up, do your best. You go low now but then you go up!” jelasnya yang ditemui ketika pelancaran telefon pintar terbaru Huawwi Nova 2 Lite.
Jelas Hannah Delisha lagi, calon-calon yang tidak mendapat keputusan cemerlang tidak boleh berputus asa dan terus berusaha. Apa yang penting mereka harus refleks kembali di manakah kelemahan yang ada dan cuba untuk perbaikinya di masa akan datang. Hidup ini kadangkala bukan hanya tentang cemerlang atau tidak tetapi ia membawa makna yang lebih dari itu.
Berkongsi tentang pengalamannya sewaktu di bangku sekolah dahulu Hannah Delisha berkata, “semasa saya berdepan peperiksaan dahulu saya tidak meletakan sasaran terlalu tinggi. I only do my best dan terima keputusan dengan hati terbuka. Jika tak dapat keputusan yang baik itu tidak mengapa kerana bagi saya yang penting ialah perancangan selepas itu”.
Pada majlis pelancaran Huawei Nova 2 Lite, Hannah Delisha yang juga merupakan duta jenama tersebut selama dua tahun berturut-turut berkongsi tentang perkembangan terkini karier seninya.
“Dalam masa terdekat saya akan lancarkan single baru berjudul ‘Tak Perlu Kata Apa-Apa’. Lagu ini sebenarnya lagu nasigat terutama pada orang yang selalu dapat komen atau berdepan harrasment di media sosial. Ia lagu untuk ajak orang yang dikecam stay positif dan tidak layan kecaman tak berasas di media sosial.
“Saya sendiri pernah juga terima pelbagai jenis kritikan dan komen yang kasar dan berbentuk harrasment. Jadi lagu ini secara tidak langsung bertindak sebagai respons untuk orang yang berdepan masalah ini seperti saya. Stay strong dan tak perlu cakap apa-apa”.
Untuk karier lakonan pula, Hannah Delisha bakal muncul dalam filem berjudul ‘Langsuir’yang mungkin keluar pada bulan Jun ini. Dia memegang watak sebagai ‘langsuir’. Menerusi filem ini Hannah Delisha sekali lagi digandingkan dengan Syafiq Kyle yang sebelum ini menjadi hero dalam drama ‘Mencintaimu Mr. Photographer’. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini alah Julia Farhana, Daaim Jailani dan ramai lagi.