“Tak Beli, Jangan Guna” McD Bukit Bintang Kenakan ‘Password’ Tandas!

Share

Jika korang berada di persimpangan empat penjuru Bukit Bintang dan terfikir untuk menggunakan tandas di restoran McDonald’s di sana, well – think again mister!

Khabarnya, cawangan McDonald’s tersebut telah melakukan satu perubahan sempena tahun baru 2023 apabila ia mengekhaskan penggunaan tandas bagi pelanggan yang telahpun membuat penbayaran di kaunter.

Hanya pelanggan yang memesan makanan daripada McDonald’s dan diberikan resit sahaja yang kini boleh menggunakan fasiliti tersebut.

FOTO: Pexels (Khairi Harry)

Konsi seorang pengguna Twitter bernama @tekong, sekiranya restoran lain memberikan kata laluan bagi perkhidmatan Wi-Fi kepada pelanggan, lain pula ceritanya dengan cawangan McDonald’s yang satu ini apabila ia memberikan kata lalun untuk menggunakan tandas!

FOTO: Twitter Ikhwan Nazri

Jelas tertera di bawah resit kata laluan tandas untuk korang gunakan sebagai pelanggan. Jika tiada resit ini, jangan haraplah korang boleh buka pintu tandas itu.

Hantaran di Twitter tersebut menjadi tular susulan rasa terkejut yang dirasai warganet apabila mengetahui tentang peraturan baharu ini.

Demi membuktikan bahawa kata laluan pada resit itu benar-benar legit, hantaran itu disertakan dengan foto yang menunjukkan kotak pin di sebelah pintu tandas agar pelanggan boleh memasukkan nombor kata laluan. Turut serta dalam foto tersebut adalah arahan penggunaan tandas tersebut.

FOTO: Twitter Ikhwan Nazri

Bagi REMAJA, ini adalah insiatif yang adil buat pelanggan serta kru di restoran McDonald’s yang terletak di kawasan segi tiga emas itu.

Jangan pula korang terkejut jika restoran dan kafe lain di sekitar Lembah Klang akan mengaplikasikan cara ini di cawangan mereka. Hehe

..

BACA LAGI: Minat Selari Akademik, Zafira Yong Capai Anugerah Dekan Setiap Semester. Kini Bergelar Bintang Utama Siri McDonalds – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ