Jika semalam kecoh tentang kemunculan Facebook Group baru yang diberi nama Riak Apa Hari Ini. Seperti namanya, grup ini mengumpulkan perkongsian-perkongsian riak daripada para netizen yang menghiburkan.
Menariknya, perkongsian yang dibuat netizen seolah berlumba-lumba serta komen yang dilemparkan pada setiap perkongsian antara yang membuatkan Facebook Group Riak Apa Hari Ini menjadi rancak.
Namun hari ini, seorang ustazah menegur dan menasihati agar grup Riak Apa Hari Ini ditutup.
“Mohon admin group “Riak Apa Hari Ni’ boleh tukar tajuk atau tutup terus.
“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riak tapi kata gurau, share
pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.“Jangan indahkan perkataan keji ‘riak’ atas nama gurauan,” katanya.
Ustazah dan pendakwah bebas, Asma’ Harun di laman Facebook-nya menaik status berpendapat bahawa grup seperti ini mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya kepada warganet beragama Islam.
Rata-rata warganet bersetuju dengan status yang dimuat naik itu dan menyokong tegurannya.
Alhamdulillah, nasib ada ustazah yang menasihati kita semua!