Pencarian Hero Remaja kembali semula untuk edisi 2021 dan peringkat uji bakat awal secara atas talian telahpun bermula sejak semalam sehingga 20 Disember kelak.
Kami sempat untuk mendapatkan sedikit tip daripada bekas juri tetap Hero Remaja 2020 mengenai uji bakat pada kali ini. Ini memandangkan ia sedikit berbeza apabila perlu dilakukan secara online terlebih dahulu.
01
“Datanglah dengan realism, jadilah seorang individu yang real. Berintegriti dan berusaha dari segi industri kreatif ataupun apa saja bidang yang dia ingin ceburi.”
02
“Jangan datang dengan satu imej yang mereka fikirkan ‘sesuai’ untuk menjadi artis. Imej tu kamu boleh cari nanti seperti artis-artis di Malaysia ini. Mereka cipta imej mereka selepas dicungkil bakat.”
03
“Apa yang penting adalah perkara yang tersemat dalam hati dan minda mereka. Itu akan membuatkan mereka berbeza daripada peserta lain yang mencuba nasib.”
04
“Bila mereka perlu menyertai uji bakat secara online ini dan mereka perlu melakukan recording video mengenai diri sendiri, buatlah sesuatu yang real. Tunjukkan diri anda yang sebenar agar orang mudah nak terima. Ingat, juri pantas boleh mengetahui sekiranya seseorang itu menjadi fake dan tidak bersedia. Jangan jadi fake.”
05
“Seorang Hero Remaja juga perlu mempunyai nilai contoh kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat Malaysia yang masih muda,” nasihatinya ketika REMAJA menemui beliau di penggambaran program Power Talk: Nu Ideaktiv Fight Against Cancer, November lalu.
Ingat guys, jadi saja diri sendiri okay! Kita tidak perlukan seorang lagi Fattah Amin, Syafiq Kyle atau Nadhir Nasar. Kita perlu seorang individu yang fresh.
Adakah Dato’ Hans Isaac sekali lagi bakal duduk di kerusi juri bagi pencarian Hero Remaja 2021 kali ini? Sama-sama kita nantikan update dari Majalah Remaja.
View this post on Instagram
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.