Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bakal dikuat kuasakan bermula esok, 12 Mei.
Secara tidak langsung, ia bermaksud sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada hari Khamis ini tidak akan disambut semeriah tahun lalu sementelah tiada individu yang dibenarkan merentas daerah mahupun negeri sepanjang tempoh PKP ini.
Di media sosial, seperti dijangka, respon balas warganet terhadap pengumuman tersebut lebih berbaur negetif. Mereka beranggapan pengumuman pada saat-saat terakhir sebelum Hari Raya ini adalah tidak wajar memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan oleh masyarakat yang terdahulu boleh merentas daerah untuk beraya.
Ads
Kini segala persiapan itu tidak lagi boleh dikongsikan dengan yang tersayang.
Biarpun begitu, sebagai masyarakat yang rasional dan patuh kepada arahan pihak berkuasa, kita seharusnya menerima arahan tersebut demi keselamatan rakyat sejagat. Jangan pula kita sesekali cuba untuk melawan arus dan berdegil untuk merentas negeri seperti yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.
Laporan Tribunnews berkongsi tentang tingkah laku penungang motosikal di Jakarta yang berkumpul beramai-ramai di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bekasi-Kerawang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya.
Biarpun kerajaan Indonesia kini sedang dalam tempoh ‘Operasi Ketupat Jaya 2021’ sejak 6 Mei lalu, nampaknya masih ramai rakyatnya yang berdegil.
Kejadian yang berlaku pada malam Ahad lepas itu menyaksikan ribuan penunggang berhimpit dan beratur di lokasi terbabit sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 5km!
Apabila pihak berkuasa cuba untuk menghentikan perbuatan mereka yang ingin merentas sempadan dan mengarahkan agar mereka berpusing semula, para penunggang enggan berganjak. Malah ada juga yang memasuki lorong bertentangan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Lantaran itu, pihak berkuasa terpaksa membuka penghalang sempadan atau barricade untuk jangka masa sebentar bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini. Mereka juga enggan ada jangkitan wabak yang boleh merebak disebabkan kesesakan luar biasa ini.
Ads
Malang sekali apabila para penunggang mengambil peluang itu untuk meloloskan diri dan terus memacu laju ke arah destinasi masing-masing!
Seperti di Malaysia, kerajaan Indonesia juga melarang perbuatan rentas negeri tanpa surat kebenaran pihak berkuasa dengan alasan sahih seperti isu kesihatan, meninggal dunia dan kehamilan.
Sehingga kini, Indonesia dilaporkan mencatatkan lebih 47,000 kes kematian akibat jangkitan COVID-19. Daripada 1.71 juta kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 1.57 juta kes telah pulih.
Dunia ratu cantik sememangnya tidak sunyi dari drama dan insiden yang melucukan. Kelmarin satu momen memalukan telah berlaku ketika pertandingan Mrs World Sri Lanka diadakan. Untuk pengetahuan anda pertandingan Mrs World merupakan pertandingan ala Miss World namun ia difokuskan kepada wanita sudah berkahwin berumur di antara 21 hingga 48 tahun.
Kelmarin satu insiden yang memalukan dan melucukan berlaku apabila Mrs World Sri Lanka 2019, Caroline Jurie yang merupakan pemenang pertandingan Mrs World pada tahun itu telah dengan sendirinya mengumumkan bahawa pemenang Mrs World Sri Lanka 2021 adalah tidak sah.
Saat mahkota belum ‘dirampas’. Sumber gambar: Facebook Mrs World Sri Lanka
Ujarnya, “Saya ada satu permintaan dari Mrs World Inc, yang ada peraturan mengatakan anda harus kekal berkahwin dan tidak bercerai. Jadi saya dengan ini mengatakan mahkota itu jatuh kepada pemenang tempat kedua.”
Dia kemudiannya dengan tanpa segan silu mencabut mahkota dari pemenang Pushpika De Silva dan memberikan mahkota itu kepada pemenang tempat kedua. De Silva yang bingung dengan keadaan itu terus meninggalkan pentas setelah dimalukan di khalayak ramai.
Saat selepas dimahkotaan semula bersama anaknya. Sumber gambar: Facebook Mrs World Sri Lanka
Namun begitu fakta yang sebenar bukanlah begitu, De Silva sebenarnya masih lagi seorang isteri dan tidak bercerai walaupun sudah tinggal berasingan. Pihak Mrs World Sri Lanka memulangkan kembali mahkota tersebut kepada. Pihak Mrs World Sri Lanka juga mengeluarkan kenyataan media yang Tindakan Mrs World 2019 sangat memalukan.
De Silva telah melakukan laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Caroline Jurie yang disifatkan telah memalukan dan menyebabkan kecederaan saat mencabut mahkota tersebut dari kepalanya.
***P/S- Sebagai seorang Ratu Cantik, tidak seharusnya memalukan dan mengambil tindakan sendiri tanpa usul periksa. Jika benar dia melanggar syarat pertandingan perkara itu boleh dipertikaikan secara profesional. Such a shame.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dilihat video kejadian buli yang dimuat naik di laman Facebook mahupun YouTube, ramai yang merah telinga dan panas hati kerana geram.
Pengguna Facebook membuat hantaran mengenai dakwaan perbuatan khianat dan wujudnya budaya gengsterisme di sekolah berasrama. Kes mengenai baju sekolah anaknya yang diconteng dan digunting. Foto Via Kosmo
Buli berlaku apabila seseorang cuba melakukan sesuatu dengan niat untuk membahayakan atau menakut-nakutkan orang yang lain yang dianggap lemah.
Seperti dua hari lalu, kecoh di laman sosial dengan kes buli yang terjadi di sebuah sekolah di Pahang.
Perkara itu didedahkan seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya dibuli apabila pakaian seragamnya diconteng dan rambutnya digunting semasa tidur. Wanita tersebut mendakwa kejadian berkenaan sudah lama terjadi kepada anaknya sejak Jun lalu, namun apabila membuat laporan kepada warden asrama dan pihak sekolah, tiada tindakan selanjutnya diambil.
Mengambil berat tentang isu ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan ‘spotcheck’ atau pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah berasrama di negeri berkenaan.
Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, kes buli semakin diperkatakan oleh masyarakat sejak akhir-akhir ini meskipun pelbagai usaha dilakukan.
“Kerjasama daripada mangsa buli dan ibu bapa juga diperlukan bagi membolehkan tindakan awal diambil dan siasatan dapat dilakukan.
“Alhamdulillah setakat ini makluman kepada saya, JPN sentiasa memantau dan menitikberatkan aspek keselamatan pelajar,” katanya.
Sambung beliau, sepanjang dilantik menjadi Exco hanya terdapat satu sahaja kes buli dikesan dan berjaya diatasi dalam tempoh masa yang singkat.
Rais berharap agar pihak JPN Melaka agar sentiasa memantau keadaan pelajar di asrama dari semasa ke semasa.
Pada pendapat korang, berkesan tak cara ini? Apa-apapun, isu buli ini memang perlu dipandang serius kerana ianya boleh meninggalkan kesan trauma buat mangsa, malah ada yang turut terkorban gara-gara sikap negatif yang ada pada segelintir pelajar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19 buatan Malaysia yang pertama, ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19’, sudah pun dijual kepada orang awam.
Perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) mengenai informasi yang korang perlu tahu melalui Facebook. Kit ujian kendiri yang diluluskan oleh KKM yang lain adalah Gmate COVID-19 Ag Saliva untuk Kegunaan Rumah oleh Philosys Co Ltd, Korea.
Kit ujian ini boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau kemudahan kesihatan dan senarai akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Pada masa ini, Salixium boleh dibeli di laman web MeDEKAD dengan harga hanya RM39.90.
Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan kit ujian tersebut:
Masukkan air liur ke dalam paper bag
Ambil sekitar 3 titis air liur tersebut
Letakkan air liur itu ke dalam extraction tube
Pasang penutup tiup itu rapat-rapat dan goncang selama 1 minit
Letak 3 titis air liur itu ke atas test card dan tunggu sehingga 15 minit.
Sekiranya test card itu memaparkan satu garisan, ianya bermakna negatif, namun jika ianya memaparkan 2 garisan, bermakna ianya positif.
Seorang pengguna TikTok bernama @amirahlaa berkongsikan video tentang cara-cara yang betul menggunakan Covid-19 Antigen Detection Kit ini.
Untuk info, alat ujian diri dapat digunakan oleh orang ramai untuk melakukan pemeriksaan diri untuk mendapatkan hasil status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Ia juga membantu memudahkan pengesanan dan kawalan jangkitan COVID-19 sambil membantu mengurangkan beban pekerja kesihatan.
Hanya mengambil masa 15 minit untuk mengetahui keputusan dan boleh dilakukan sendiri dirumah. Senang kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!