Foto: Harris Annuar

Jika sebelum ini Harris Annuar mencabar dirinya untuk kayuhan sejauh 315 kilometer dari Shah Alam ke Cherating, kini pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini melangkah lebih jauh lagi apabila mencipta rekod berbasikal sehingga ke Langkawi.

Harris berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 km bermula dari rumahnya di Shah Alam sehingga ke Pulau Langkawi dalam masa lebih kurang tiga hari. Ini merupakan pengalaman serta rekod peribadi Harris yang sememangnya tidak menyangka dia mampu membuat kerja ‘gila’ ini.

“Jangan Kerana Cyclist Lain Buat Hal, Netizen Pandang Buruk Pada Kami”, Harris Annuar Beri Nasihat
Foto: Harris Annuar

Remaja berkesempatan menemu-bual figura ini bertanyakan tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui ketika trip kayuhan basikal ke Utara.

“Selama ni memang Harris jarang penat, tapi trip kali ini memang Harris rasa betul-betul penat sangat. Kalau dalam istilah cyclist ia dipanggil ‘bonk’. Kalau nak diikutkan for the last month, Harris memang tak cycling dan tak training pun. Then, terus pergi buat kayuhan 500 km ni, jadi memang barai la. Harris boleh cakap dari Shah Alam ke Langkawi memang mental game dia strong gila dan Alhamdulillah Harris dapat juga sampai dengan selamat,”

“Jangan Kerana Cyclist Lain Buat Hal, Netizen Pandang Buruk Pada Kami”, Harris Annuar Beri Nasihat
Foto: Harris Annuar

“Pada hari pertama memang Harris ‘bonk’ sangat-sangat, tapi bila hari kedua Harris mula dapat stamina balik dan hari ketiga memang mental kena jadi lebih kuat sebab setiap kayuhan rasanya macam lama sangat. Kalau tinggal 1 km lagi, kita rasa lama sangat sebab nak cepat habis. Lagi pun, kami perlu mengejar bot yang dijadualkan berlepas jam 12.30 tengah hari. Jadi, seawal 3 pagi kami sudah mulakan kayuhan daripada Kedah untuk kejar feri yang akan bertolak di jeti Kuala Perlis,” jelasnya lagi.

“Jangan Kerana Cyclist Lain Buat Hal, Netizen Pandang Buruk Pada Kami”, Harris Annuar Beri Nasihat
Foto: Harris Annuar

Cabaran sepanjang kayuhan

Apabila melakukan aktiviti seperti ini, sudah tentu mereka tidak lari daripada cabaran dan dugaan sepanjang kayuhan. Antara cabaran utama yang dilaluinya adalah faktor cuaca.

Ads

“Dalam trip ini memang macam-macam perkara berlaku. Selain daripada kaki cramp, Harris juga mengalami keracunan makanan yang menyebabkan muntah-muntah. Tapi, Alhamdulillah ia tidak menganggu dan kami sampai dengan selamat,”

“Cuaca pada masa itu juga masyaAllah, panas sangat. Waktu tu suhu mencecah 39 darjah Celsius dan itu yang membuatkan kami ‘koyak’. Badan jangan cakap la, memang sunburn terus. Part paling best sekali bila kami terpaksa berhenti dan membasahkan kepala dengan ais. Ini kerana kami tidak mahu salah seorang daripada kami terkena heat stroke atau pengsan,”

“Jangan Kerana Cyclist Lain Buat Hal, Netizen Pandang Buruk Pada Kami”, Harris Annuar Beri Nasihat
Foto: Harris Annuar

“Memang cabaran yang paling dasyhat adalah faktor cuaca dan kebetulan sepanjang tiga hari kayuhan, memang tidak ada hujan langsung,”

“Lagi satu, bila badan dah penat sangat, nak tidur pun tak boleh. Bayangkan kami sampai jam 5 petang, kemudian perlu bangun jam 2 pagi untuk misi kayuhan seterusnya.
Tapi, bila badan terlalu penat, memang mata pun susah nak terlelap,” tambahnya lagi.

Ads

Bukan sekadar follow trend

“Ramai yang bertanya kenapa Harris mahu lakukan kayuhan ini hingga ke Langkawi. Harris nak tunjukkan yang sebenarnya Harris memang betul-betul minat main basikal, bukan hanya sekadar nak ikut trend. InsyaAllah Harris akan bertahan dengan sukan ini kerana Harris beli basikal ini pun bukan sebab nak ikut trend, nanti end up jual balik,”

“Harris nak nasihatkan kalau korang betul-betul tak minat jangan beli basikal sebab harganya pun bukan murah. Kalau memang betul minat, boleh lakukan aktiviti ini tapi tak perlulah sampai nak kayuh 500 km. Cuba dulu kayuh 100 km, itu pun dah berbaloi,” jawab Harris.

“Jangan Kerana Cyclist Lain Buat Hal, Netizen Pandang Buruk Pada Kami”, Harris Annuar Beri Nasihat
Foto: Harris Annuar

Penunggang basikal terima pandangan buruk netizen

Melihat kepada isu viral sebelum ini, ramai pengayuh basikal yang dikecam masyarakat kerana mengayuh basikal tidak mengikut undang-undang, berada di tengah jalan raya dan ada juga kumpulan tak bertanggungjawab yang memanjat roundabout Elmina baru-baru ini untuk bergambar.

Ads

Ini komen Harris Annuar.

“Harris nasihatkan agar masyarakat tidak terus menyerang penunggang basikal kerana yang melakukan perkara-perkara tidak bertanggungjawab ini sebenarnya adalah bergantung kepada individu. Ia bukannya seperti seorang cyclist yang melakukan kesalahan, semua penunggang basikal dipersalahkan. Sama juga seperti pemandu kereta. Ada yang tidak bertanggungjawab melakukan double park, tapi bukan semua pemandu bersikap seperti itu,”

“Jangan Kerana Cyclist Lain Buat Hal, Netizen Pandang Buruk Pada Kami”, Harris Annuar Beri Nasihat
Foto: Harris Annuar

“Sebenarnya yang salah adalah individu itu sendiri dan janganlah samakan kami seperti itu. Untuk mereka yang telah melakukan kesalahan-kesalahan seperti itu, korang kena tahu apa implikasinya terhadap masyarakat. Korang kena jaga nama cyclist yang lain juga kerana ia memberikan tanggapan buruk kepada penunggang basikal lain yang tidak bersalah,”

So, nasihat Harris kalau boleh janganlah melakukan perkara-perkara itu lagi dan sekiranya mahu mengambil gambar, berhenti di tempat yang sepatutnya. Senang, tak perlulah sampai nak panjat-panjat roundabout,” ujar Harris lagi.

Untuk perancangan masa hadapan, Harris dan rakan-rakannya bercadang untuk melakukan kayuhan ke Desaru dan kalau boleh, mereka juga mahu tour satu Semenanjung Malaysia.

Kami di Remaja sentiasa mendoakan kejayaan Harris dan sekali lagi, tahniah diucapkan atas pencapaian yang telah dilakukan ini. Semoga ia memberi inspirasi untuk anak muda memulakan gaya hidup sihat.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI