Anugerah TikTok 2023 yang baru sahaja berlangsung Ahad lalu telah membuktikan bahawa dunia pempengaruh dan pencipta kandungan (content creator) kini sudah meluas dan lebih dihargai dalam sesebuah masyarakat itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Adab.. Ilmu..” Ramai Remaja ‘Kemaruk’ Ingin Jadi Pencipta Kandungan Tapi Tidak Fahami Pesanan Khairul Aming Ini
Ianya juga menjadi saksi kepada usaha lelah pencipta kandungan selama ini apabila sejumlah kecil daripadanya berjaya membawa piala pemenang pulang.
Namun, antara yang menarik perhatian di antara para pemenang ialah Sir Asai, pempengaruh dan pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Best of Education.
Sir Asai yang terkenal dengan imej mengajar sambil menghibur sentiasa berpegang teguh kepada misinya untuk mendidik masyarakat dalam memahami penggunaan kosa kata bahasa Inggeris menerusi kontennya.
Guru sekolah itu juga terharu dengan anugerah yang diberikan dan menganggap bahawa ianya akan membuka peluang kepada lebih ramai anak muda di luar sana yang berminat dengan dunia pempengaruh ini.
“Saya sangat sangat gembira dengan penghargaan ini kerana ianya telah memartabatkan imej guru di luar sana,
“Sejujurnya, saya rasa anugerah sebegini akan memberi peluang lebih lagi kepada remaja di luar sana untuk lebih kreatif dan berseronok dalam membuat konten. Namun, harus diingatkan adalah kena belajar betul-betul dahulu baru focus ceburi dunia ini,” jelasnya.
Selain itu, guru sekolah ini turut mengingatkan para pendidik di luar sana untuk jangan sesekali mengambil kesempatan dengan merekod pelajar tanpa izin dengan alasan untuk dijadikan konten TikTok.
“Pertama sekali, kita haruslah dapatkan permission dari pihak ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Jangan sesekali kita memaksa atau mengambil konten secara candid
kerana ianya jelas tidak sesuai,“Kalau pelajar itu malu atau enggan berada di hadapan kamera, jangan kita paksa mereka,” komennya mengenai isu tersebut.
Beliau juga berkesempatan memberi nasihat kepada para pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.
“Nasihat saya untuk pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris adalah untuk minat dahulu and kelilingi diri anda dengan elemen bahasa itu sendiri menerusi lagu, filem dan bahan bacaan. InsyaAllah, bahasa itu akan sebati dalam diri masing-masing,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Sir Asai