Niat di hati ingin sahaja melenyapkan segala perasaan negatif apabila satu klip lagu Hari Raya yang baharu diluncurkan semalam menerpa ruangan media sosial miliknya.
Begitupun, pengarah tersohor Shahrulezad Mohameddin yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat merasakan perlu untuk beliau menyuarakan pendapatnya apabila timbul tanda-tanda provokosi terbuka yang dirasakan cuba dicetuskan oleh beberapa individu tertentu demi mendaki tangga populariti hanya kerana hauskan perhatian.
Tanpa menamakan individu, jenama atau syarikat tertentu dalam hal ini, Shahrulezad sekadar menasihati agar warganet tidak mudah terkesan atau terbuai dengan satu klip video lagu Hari Raya yang hangat diperkatakan orang ramai sejak malam tadi.
Shahrulezah Mohameddin.
Baginya, perbuatan meninggalkan komen berbaur cacian dan makian terhadap individu tersebut sekadar akan menguntungkan mereka kerana sememangnya, kontroversi sebeginilah yang ditagih demi membuktikan diri serta jenama yang dibina mereka itu kekal relevan.
“Jangan klik. Jangan tinggalkan komen-komen walaupun mengutuk beliau. Buat bodoh dan krik krik je sebab segala respon kita pada klip tersebut sebenarnya akan push lagi lagu itu ke atas dan hasilnya akan mendapat lebih banyak perhatian.
Ads
“Kalau klip tersebut dipandang sepi macam kita lintas laju-laku depan tanah kubur lagi bagus.
“Dia memang mengharapkan kontroversi tercetus sebab lagi ramai orang nak ambil tahu,” catatnya.
Simpul Shahrulezad, tren menimbulkan kontroversi sebaik sahaja bulan Ramadan yang mulia menyinggah saban tahun ibarat putaran roda yang sekian lama digunapakai biarpun pernah dikenakan tindakan saman atau sebagainya sebelum ini.
Ads
Merasakan individu-individu terbabit seakan tidak ‘makan saman’ (literally), Shahrulezad mengharapkan agar warganet bersama-sama menghentikan tren ini dengan tidak menghiraukan kewujudan klip seumpamanya.
“Kita perlu mengajar orang seperti ini untuk jangan gunakan kemarahan kita sebagai modal keuntungan perniagaan dan populariti. Ini bukan kali pertama mereka bodohkan kita tetapi sudah banyak kali dah.
“Dan jangan layan drama air mata yang bakal muncul bila korang kecam dia,” katanya.
Bagi REMAJA, tepuk dada tanya selera. Jika klip video itu adalah kandungan yang korang dambakan bagi menaikkan semangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak, tontonlah sehingga muak. Jika ia tidak kena dengan selera anda, abaikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih seminggu yang lalu, kita semua dikejutkan dengan berita Demi Lovato dikejarkan ke hospital kerana dikatakan overdose penggunaan bahan terlarang atau dadah.
Kejadian yang hampir meragut nyawanya itu telah menjadi bualan ramai terutama peminat serta pemerhati industri muzik global di laman media sosial.
Kejadian yang berlaku pada 24 Julai yang lalu terhadap penyanyi berusia 25 tahun ini juga telah mendapat reaksi cukup luar biasa di kalangan rakan-rakan artis Demi Lovato yang tidak putus-putus mengirimkan kata-kata semangat buatnya untuk segera sembuh.
Dan but pertama kalinya selepas kejadian tersebut, Demi Lovato telah membuat kenyataan rasmi menerusi Instagram. Posting yang ringas dengan bentuk surat itu dimuat naik olehnya pada semalam.
Menerusi kenyataannya Demi telah kongsikan keadaan kesihatannya terkini dan juga berkongsi sedikit pengalaman buruknya menggunakan bahan terlarang.
Perkara pertama yang diperkatakan oleh Demi ialah pengakuannya bahawa dia tidak pernah berada dalam keadaan denial dan akui masalah dihadapinya. Dan masalah ini tidak akan hilang tanpa dirinya berusaha lebih kuat untuk hadapi ketagihan.
“Saya sentias telus dan terbuka tentang perjalanan saya dengan masalah ketagihan. Apa yang saya belajar tentang penyakit ini ialah ia sesuatu yang tidak akan hilang dengan mudah walaupun masa berlalu. Ia adalah satu perkara yang saya harus atasinya dan masih belum selesai.”
Demi juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang telah sentiasa berada di sisinya memberikan kasih sayang serta sokongan sepanjang minggu lalu.
Tidak ketinggalan dia turut memanjangkan ucapan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan sekerja dan kakitangan Hospital Cedars-Sinai yang telah berusaha sedaya upaya menyelamatkannya.
“Sekarang adalah masa untuk saya jalani proses pemulihan dan fokus untuk jalani rawatan sebaiknya. Kasih sayang kamu semua tunjukkan tidak akan sesekali saya lupakan. Saya akan terus berjuang.”
Semoga dengan surat terbuka daripada Demi Lovato ini menghilangkan sedikit resah di hati peminatnya.
REMAJA ucapkan selamat menjalani rawatan dan pemulihan buat Demi Lovato! Be brave and you can do it!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Punya la hebat pemain kelab Chelsea ni sehingga mengetepikan pemain-pemain terbaik lain seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo lantas dinobat pemain terbaik UEFA.
Pemain tengah Chelsea dan Itali, Jorginho dipilih Pemain Tahunan Uefa selepas mengatasi rakan sepasukan, N’Golo Kante dan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dalam majlis di Istanbul.
Image: Twitter/@EURO2020
Kemenangan selepas pemain berusia 29 tahun itu membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Meli lalu dan menyusulnya kejayaan memenangi Euro 2020 bersama Itali enam minggu kemudian.
Anugerah itu membabitkan juri terdiri daripada jurulatih 24 pasukan kebangsaan yang beraksi di Euro 2020, 80 jurulatih kelab yang bermain di peringkat kumpulan Liga Juara- Juara dan Liga Europa musim lalu selain seorang wartawan daripada setiap 55 ahli gabungan Uefa.
Jorginho meraih 175 mata, lapan mata di depan De Bruyne manakala Kante ketiga.
“Anugerah ini sukar dipercayai berdasarkan dari mana saya datang dan latar belakang saya,” kata pemain kelahiran Brazil itu kepada UEFA.com.
Jorginho is the second player after Cristiano Ronaldo to win the following trophies and awards in the same year:
◉ UEFA Champions League
◉ UEFA European Championship
◉ UEFA Men’s Player of the Year
Kemenangan ini juga mengalahkann Lionel Messi, Robert Lewandowski, Kylian Mbappe, Cristiano Ronaldo dan Erling Haaland merupakan antara yang tidak tersenarai sebagai tiga terbaik. Anugerah itu, berdasarkan prestasi di peringkat kelab dan antarabangsa selama satu musim, tahun lalu dimenangi oleh Lewandowski.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Taco merupakan hidangan tradisi masyarakat Mexico yang terdiri daripada tortilla kecil diisi pelbagai inti termasuklah daging, ayam, kacang, sayuran dan keju yang dilipat. Ia juga sesuai bagi individu yang mahukan makanan tidak terlalu berat, selain juga sesuai untuk dijadikan menu minum petang.
Jika dahulu orang ramai terpaksa bersesak beratur panjang demi mendapatkan Taco Bell di Cyberjaya, kini rasanya restoran francais makanan dari Amerika Syarikat ini sudah pun mudah untuk didapati kerana terdapat beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang.
Berita baik buat peminat Taco Bell, korang berpeluang untuk mendapatkan Crunchy Taco secara percuma bersempena dengan kempen yang sedang mereka jalankan, ‘Tukar Ke Taco”. Dengan pembelian RM20 ke atas, korang boleh menebus makanan percuma ini sama ada untuk makan di restoran atau pun dibawa pulang ke rumah.
Tawaran ini sah dari 12 Mei sehingga 16 Mei 2022 bermula pada pukul 6.00 petang hingga pukul 8.00 malam. Ia melibatkan lebih daripada 25 buah cawangan Taco Bell di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Untuk info, Taco Bell Malaysia kini sudah pun mempunyai tujuh buah cawangan termasuklah Cyberjaya, Bandar Seri Permaisuri, Tropicana Gardens Mall, Sunway Pyramid, Setiawangsa, Wangsa Maju dan IOI Boulevard Puchong.
Bagi yang belum mencuba, rasanya inilah masa yang sesuai untuk korang mengambil peluang ini menebus ‘extra food’ di Taco Bell. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...