Pejam celik, pejam celik bulan Ramadan sudah hampir tiba ke penghunjungnya. Kemeriahan persiapan Hari Raya Aidilfitri juga semakin di rasa. Tak sampai seminggu lagi kita akan merayakan hari yang cukup bermakna.
Anak perantau akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing ibu bapa, keluarga dan sanak saudara tercinta. Kadangkala di kesempatan Hari Raya begini sajalah sempat kita bersua mata. Kunjungan ke rumah sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu pasti menjadi rutin biasa di Hari Raya.
Dan open house juga pasti cukup meriah sepanjang sebulan bulan Syawal.
Namun setiap tahun ramai orang kadangkala tidak mengambil berat akan bagaimana untuk behave ketika melakukan kunjungan ke rumah terbuka. Walau macam mana rapat sekali pun korang dengan tuan rumah, masih ada batas yang perlu korang hormati.
Apakah perkara yang harus korang elak ketika berkunjung ke rumah terbuka? Kali ini REMAJA nak kongsikan 10 perkara utama yang biasanya ramai tak sedar pun korang dah buat. Nak tahu apa dia? Jom sama kita tengok!
Ya, kita tahu rumah terbuka memang pasti akan banyak juadah makanan disediakan oleh tuan rumah. Tapi janganlah jadi tak sopan main serbu je meja makan. Apa kata tunggu tuan rumah pelawa dahulu. Sabar boleh tak?
Setiap orang ada ruang privasi mereka sendiri. Begitu juga dengan tuan rumah. Janganlah dek kerana ingin melunaskan nafsu ingin tahu korang ‘mengembara’ ke segenap inci rumah. Kalau nak ke ruang lain selain ruang tamu dan ruang makan, minta izinlah dahulu dengan mereka.
Pada musim perayaan pasti banyak sangat program TV yang menarik ditayangkan. Dan ada setengah orang walaupun pergi beraya dia masih ‘hadap’ nak tengok TV. Akan tetapi walau macam mana pun korang teringin nak tengok janganlah ambil remote TV. Kalau nak tengok juga, minta tuan rumah tukarkan.
Pertama kali sampai destinasi open house bersalamlah dengan semua orang sama ada tuan rumah dan keluarganya atau tetamu yang ada di situ. Di hari mulia ini jadikanlah diri korang sebagai tetamu yang ramah, mesra dan murah senyuman.
Bila sudah berkumpul ramai-ramai dengan kawan yang dah lama tak jumpa pastinya suasana akan jadi ‘havoc
‘ semacam. Namun, bila excited tu ingatlah yang ramai mata memandang. Bergelak ketawa itu berpada-padalah. Jangan pula sampai menggangu orang lain.Di hari yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan ini, lupakanlah telefon pintar korang buat seketika. Eratkan hubungan dengan sanak saudara dan sahabat handai dengan berbual dengan mereka. Bukannya selalu, setahun hanya sekali je.
ARTIKEL BERKAITAN: Tonton Himpunan 16 Iklan Hri Raya Di Sini!
Mungkin bagi korang bertanya itu salah satu bentuk perbualan yang perlu ada. Ya, memang ia perlu untuk menggerakkan perbualan. Tapi jangan pula kamu bertanya bukan-bukan hingga ke perkara yang bersifat terlalu peribadi. Atau bertanya beli barang ini, barang itu di mana. Kalau nak cakap juga cukuplah dengan hanya melahirkan rasa seronok melihat barang-barang yang cantik di mata kamu.
Setengan orang dia mungkin tah berapa prihatin dengan keadaan ini atau memang tak reti bahasa. Open house adalah acara yang tuan rumah jemput bukan sahaja korang ya. Jadi jangnlah lepak terlalu lama. Apatah lagi jika rumah tersebut memmpunyai ruang yang sangat terhada. Beransur-ansurlah pergi agar tuan rumah boleh menrima tetamu lain dengan sempurna.
Adatlah kanak-kanak mereka pasti jadi antara orang yang paling gembira dengan Hari Raya. Dan kadangkala kegembiraan mereka itu juga boleh terbawa-bawa apatah lagi selepas memakan kuih raya yang manis dan juga minuman. Bila terlebih gula pastui akan jadi hiperaktif. Jadi kawallah adik-adik korang bila pergi beraya. Jangan sampai dia pecahkan barang-barang berharga tuan rumah pula nanti.
Ini satu perkara lagi yang tidak elok untuk korang lakukan. Mungkin di rumah saudara mara terdekat korang boleh minta password Wi-Fi tapi kalau di rumah kenalan ibu bapa janganlah buat begini. Ketahuilah password itu adalah satu perkara yang bersifat sangat peribadi. Dan apa salahnya ketepikan dulu telefon pintar korang ke tepi. Kalau nak share video sekalipun, rakam dulu dan upload kemudian.
Semoga perkongsian REMAJA kali ini dapat memberi manfaat buat korang di Hari Raya nanti. Ingatlah dalam meraikan lebaran jangan sampai kita lupakan adat dan susila.
Selamat Hari Raya!