Waktu menghadiri sesi interview, jangan ambil mudah. First impression tu penting, lebih-lebih lagi untuk majikan menilai dan mengenali calon yang hadir dengan lebih dekat.
Kalau dah masuk bilik panel dengan keadaan yang selekeh dan tidak bersiap, agak-agaknya apa pandangan orang lain terhadap diri korang?
Jadi untuk tidak gagal daripada segi penampilan dan attitude, kenal pasti 12 kesalahan yang dibongkar oleh panel interview berpengalaman ini sendiri dalam menilai calon-calon temu duga.
1. Tidak memberi salam. Ini perkara pertama yang dilihat oleh panel sewaktu mula-mula anda masuk ke dalam bilik temu duga.
2. Muka yang polos. Tiada lipstick atau bedak. Muka pucat tidak bermaya. Penemu duga memerlukan sesuatu yang energetik selepas calon kelima. Jadi jangan masuk dengan muka toya dan tak bermaya.
3. Rambut yang serabai dan tak terurus.
4. Tali leher yang longgar. Walaupun warna kemeja tidak sesuai dengan tali leher, tidak mengapa. Asalkan dipakai dengan kemas dan cantik.
5. Dokumen di dalam sampul surat. Tolonglah keluar sikit duit untuk membeli folder file. Bukan ke lebih kemas dan teratur?
6. Hanya membawa diri dan transkrip ijazah. Sila belajar bawa dokumen pencapaian diri korang semasa di universiti, kolej atau sekolah.
7. Sila google tentang syarikat sebelum ditemu duga. Pencapaian syarikat, profil bisnes, nama chairman dan CEO, serta lain-lain maklumat yang berkaitan.
8. Bercakap dengan tone dan lontaran suara yang jelas.
9. Susunan sijil dalam folder carca marba. Jenuh nak cari sijil ijazah, diploma dan SPM.
10. Buat yang masih belajar, fokus study, sila aktif dalam sukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain. Ini sebagai penanda aras anda adalah calon yang all rounder.
11. Jangan memilih tempat kerja/placement. Kita tidak tahu tempat yang dipilih mungkin ada hikmahnya. Boleh bernegosisiasi jika ada urusan yang lebih utama. Tapi, jika resign sebab tiada tempat tinggal menunjukkan anda calon yang tidak matang dan berdikari.
12. Selepas belajar, jangan sesekali berhenti mencari pekerjaan walaupun sekadar part time. Ini untuk memberi kemahiran buat anda sementara menunggu rezeki lain.
Walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya ia amat penting bagi majikan. Oleh itu, sebelum menghadiri interview eloklah sekiranya anda buat checklist terlebih dahulu tentang beberapa keperluan dan tip berguna yang boleh memudahkan urusan temu duga.
Good luck guys!
Sumber: Nor Faizura Izma Omar