Saat bercinta semuanya indah-indah belaka. Setiap apa jua yang dilakukan pasti akan kelihatan cukup comel di mata korang. Segalanya indah bak burung berkicauan di pagi indah umpama dunia ini milik korang berdua.
Namun segalanya berubah selepas masing-masing mula tidak sehaluan. Lalu berlaku pertengkaran dan bergaduh setiap masa. Kemudian masing-masing ambil keputusan untuk setuju agar lebih baik memutuskan saja hubungan antara korang berdua.
Bagaimana seseorang react selepas putus cinta mungkin berbeza. Ada yang ambil masa yang lama untuk pulih dan ada juga yang seakan tiada apa pun berlaku pada mereka. Tapi apa yang pasti semua orang yang putus cinta pasti ada rasa sedih, kesal, marah dan mungkin terkilan.
Dalam kondisi begitu ada yang seakan tidak berfikiran waras terutama bagi yang susah nak terima kenyataan. Sebelum korang melakukan perkara yang hanya boleh bikin malu diri sendiri, di sini REMAJA ingin kongsi tentang 5 perkara yang tidak harus korang lakukan selepas putus cinta.
Korang harus faham selepas putus cinta, dinamik hubungan korang dengan si dia sudah berubah sama sekali. Ada baiknya korang jangan hubungi dia. Ini kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Bayangkan saja emosi serta hati yang belum stabil tapi korang terus hubunginya. Untuk apa? Percayalah tindakan ini akan buat korang lebih serabut dan sakit kepala.
Usah dikenang sangat pada yang telah meninggalkan korang. Ya, memang rasa rindu dan teringat kepadanya akan menjadi-jadi selepas putus cinta. Tapi anggaplah itu sebagai proses untuk diri korang ‘sembuh’. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti atau perkara yang korang ingin lakukan sebelum ini tapi tak punya masa. Sekarang adalah masa yang terbaik!
BACA: 5 Petanda Jelas Gadis Itu Tak Suka Pada Korang
Ini antara tabiat yang sangat ramai orang lakukan especially selepas putus cinta. Guys, come on… Apa faedah yang korang dapat dengan stalk akaun media sosial dia? Malah ia mungkin boleh buat korang akan jadi sakit hati terutamanya jika si dia pantas sahaja dapat cari pengganti. End up nanti hati korang juga yang terluka dan sakit.
Pertama sekali korang perlu tetapkan limitasi apa yang patutu dikongsi dan apa yang tak patut di laman media sosial. Hal-hal sensitif yang melibatkan keluarga dan juga hubungan cinta perlu ada sempadannya. Ingatlah hubungan cinta walaupun telah putus bukan hanya melibatkan korang berdua sahaja ya. Cuba fikir tentang kawan-kawan korang yang juga menjadi kawan dia. Usahlah jadikan media sosial sebagai tempat untuk korang mengadu domba.
Masa sedang bercinta dialah jejaka paling sempurna di mata korang. Setiap kebaikannya dipuji dan diangkat kepada kawan-kawan. Tapi bila putus cinta korang heboh memperkatakan keburukannya. Ingatlah orang yang menjaja keburukan orang lain hanya menempelak sikapnya sendiri. Jangan biarkan orang nampak korang seorang yang lemah!