Semalam kecoh di media sosial isu saman balas yang dikemukakan oleh Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah.
Dalam pada itu, Nor Hidayah ada membuat pengakuan beliau ada memindahkan wang sebanyak RM10,000 selain mengambil empat utas jam tangan berjenama milik suaminya sehari selepas pengebumian suaminya untuk kegunaan anaknya di masa akan datang. Di sebalik isu saman ini, ramai melihat tindakan Ali sebagai tidak tepat walau pelawak itu mendakwa tindakan dilakukannya adalah untuk membersihkan nama keluarganya.
Menyentuh bab pemberian nafkah, ini sesuatu yang kita kena faham.
Dalam hukum syarak, nafkah adalah meliputi keperluan untuk makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal kepada orang yang wajib diberi nafkah atau yang berada di bawah tanggungan seseorang.
Ads
Selepas kematian suami, jika mengikut hukum syarak, nafkah untuk anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya. Ia bukan tanggungjawab si ibu menyediakannya. Sebab itulah dalam Islam, dari segi pemberian faraid, bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.
Dalam pada itu, REMAJA kongsikan info berkaitan meletakkan nama penama pada harta-harta yang ibu bapa miliki yang mana biasanya mereka akan letakkan nama anak sebagai pewaris. Walau artikel ini tiada kaitan dengan kes saman balas Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah namun info ini boleh dijadikan panduan pada masa hadapan.
Sebagai panduan buat ibu bapa, mungkin ramai yang tidak tahu khususnya di kalangan pasangan baru berkahwin dan punya anak seorang, mereka sering meletakkan nama anak di bawah umur sebagai penama di KWSP, ASB, Tabung Haji, Tafakul dan lain lagi.
Ads
Alasan sering didengari, seandainya terjadi sesuatu pada ibu bapa, anak-anak boleh gunakan wang itu untuk kegunaannya.
Tapi tahukah, seandainya berlaku kematian di pihak ibu bapa dan anak-anak masih belum capai usia 18 tahun, ketika itu, wang yang diamanahkan untuk anak-anak-anak tidak akan dapat dikeluarkan atau menjadi milik mereka kerana semua harta itu akan dijaga oleh Amanah Raya Berhad sebagai pemegang harta sebelum diserahkan pada anak apabila usianya mencapai 18 tahun.
Ads
Berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya bukannya diserah terus kepada anak yang masih bawah umur ataupun kepada isteri atau ibu anak tersebut. Rujuk juga jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
jadi terserahlah kepada ibu bapa. Sama ada masih ingin meletakkan anak bawah umur sebagai penama atau diserahkan pada ahli keluarga paling dipercayai atau yang benar-benar amanah untuk mengendalikan wang tersebut apabila mereka tiada nanti.
Dalam pada itu, apa yang pasti, seperti digariskan di dalam hukum Islam, andai suami meninggal dan meninggalkan balu dan anak, tanggungjawab memberi nafkah dan tempat tinggal itu jatuh kepada waris wali ya iaitu datuk, nenek atau pakcik-pakciknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini pasti korang merasai perubahan cuaca yang semakin panas. Bukan hanya di siang hari, pada waktu malam juga turut terasa bahangnya sehingga menganggu tidur dek kerana kepanasan.
Ha, perhatian buat semua, musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara termasuk di Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand kini sudah bermula. Musim ini merupakan permulaan Monsun Daya dan berkemungkinan akan berlanjutan hingga Oktober 2022.
Menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun. Fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.
ASMC juga memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.
Oleh yang demikian, rantau ini diminta untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan. Namun begitu, dijangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seteruk seperti tahun 2015 dan 2019.
Masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba. Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih.
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Tapi baru- baru ini, ada segelintir masyarakat yang meminta kebenaran untuk solat tarawih secara online sepanjang bulan Ramadan. Ha ini kerana mereka merujuk kepada akad nikah online yang dibenarkan baru-baru ini.
Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian atau online tidak dibolehkan, senang kata tak sah la. Lapor Sinar Harian
Hal ini kerana syarat sah solat jemaah ialah jemaah perlu nampak pergerakan yang dilakukan oleh imam solat selain semestinya dapat melihat fizikal imam itu.
Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,”
Betul jua tu, kalau connection tiba- tiba putus macam mana pula solat tarawih kita tu kan. Lagi-lagi musim PKP ni memang internet tingtong. So kesimpulannya, korang solat jela sendiri atau berjemaah dengan ahli keluarga kan lagi bagus.
Selepas satu laporan terhadap anggota Big Bang, Seungri yang dikatakan menempah servis ‘escort’ seksual pada 26 Februari lalu tersebar luas, kes tersebut dikatakan bukan saja menjatuhkan imejnya tetapi juga imej syarikat naungan, YG Entertainment.
Hasilnya, stok saham syarikat tersebut jatuh 5 hari berturut-turut selepas laporan pertuduhan tersebut.
Pada 8 Mac lalu, stok saham berjaya naik semula kepada 43,000 won (lebih kuran RM155). Namun, selepas Seungri diberkas oleh anggota polis semalam, stok kembali jatuh!
Aigoo, Seungri..
Nampaknya bukan YG Entertainment saja yang terkesan tetapi juga stok saham SM Entertainment (syarikat naungan EXO, Red Velvet) dan JYP Entertainment (syarikat naungan Twice, GOT7). Saham SM jatuh 11.92% berbanding 10 Mac, manakala JPY jatuh 2.16% pada 29,450 won.
Syarikat hiburan lain seperti FNC dan Cube Entertainment (4Minute) juga jatuh hari ini.
Apa Sebenarnya Yang Terjadi?
Petang tadi, sebuah laporan di Korea Selatan berkata Seungri dijatuhkan tuduhan menyediakan khidmat pelacur kepada pelabur antarabangsa di kelab malam peribadinya. Walaupun YG tahu mengenai pertuduhan tersebut pada hari ini, namun wakil mereka belum lagi mengeluarkan apa-apa pertuduhan setakat ini.
Penyanyi bernama Lee Seung-hyun itu juga belum mengeluarkan kenyataan melalui peguam dan wakilnya. Buat masa ini, dia menidakkan sebarang pertuduhan ‘sex bribery’ itu.
Hissh, macam-macam! Apatah lagi Seungri dijadualkan untuk terlibat di dalam khidmat tentera negara tersebut pada akhir bulan Mac ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...