
Ermm, sekarang memang semua orang kena pakai face mask. Yang bersimptom atau tidak, pakailah bagi mencegah penularan wabak.
Terbaru, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap SOP semakin berkurangan.
“SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos di kawasan awam yang sesak,” katanya.
Disebabkan face mask jenis tradisional ini sangat tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang.
Korang dibolehkan menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri tapi mestilah mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jangan risau okay!
Katanya lagi, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
So kalau tak nak kena denda RM1,000 lebih baik la korang pakai face mask ini kalau nak keluar rumah. Kan untuk kebaikan korang sendiri juga!
Sumber : Bernama
Lagi Dakwaan Kes Buli, Orientasi Senior ‘Ajar’ Junior Dengan Batang Penyapu & Besi!

Budaya buli di sekolah seakan dipandang remeh dan dianggap perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di asrama.
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Filem Tentang Buli Yang Boleh Ditonton, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat

Susulan satu rakaman video tular di media sosial berhubung kes pelajar yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di media sosial. Sekurang-kurangnya tujuh pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah agama di sini, mengalami kecederaan dan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan.
Dikatakan kejadian berlaku di asrama sekolah kira-kira jam 11 malam, Jumaat yang lalu.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU (SMAP LABU). 2 dah dapat, lagi 10 org..kau nantikan lah nasib kau. Kau ingat dah kuat sangat ? Besar sangat nak pukul anak org ? Sampai lubang cacing pun kitorang akan cari kau lah shiballl ! https://t.co/XejeJLxip3
— syahierah_ (@SyrhSykr) May 15, 2022
Wakil ibu bapa, As’ad Inderas, 47, berkata pihaknya dimaklumkan sekumpulan pelajar Tingkatan Empat mengumpulkan pelajar Tingkatan Dua untuk menjalani orientasi pada malam itu.
“Ketika aktiviti dijalankan, pelajar Tingkatan Dua dipukul dan didera menggunakan objek tumpul serta terdapat kalangan mereka cedera dengan tahap kecederaan berbeza.
“Namun, apa yang dikesalkan ialah pihak pengurusan sekolah tidak memaklumkan secepat mungkin kepada ibu bapa mengenai kejadian itu, malah mereka tidak cuba menyelesaikan masalah pelajar yang cedera.
“Ibu bapa pula mendapat tahu kejadian itu melalui anak, manakala pihak sekolah hanya memaklumkan pada petang Sabtu,” katanya pada sidang media di Labu di sini, semalam.
As’ad berkata, pihak sekolah merancang untuk bertemu ibu bapa pelajar pada petang semalam, namun dibatalkan selepas ibu bapa membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.
Sementara itu, Noor Azmi Mohd Nor, 44, mendakwa anaknya, Akmal Danish, 14, cedera kaki kanan dan betis, manakala badannya yang kena tendang tidak meninggalkan kesan. Beliau berkata, anaknya mengalami kesesakan nafas dan separuh sedar selepas dipukul.
“Terdapat kesan lebam pada betis dipercayai dipukul menggunakan objek. Saya bawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan menghantar semula ke sekolah.
“Ini kali pertama berlaku terhadap anak. Saya dapat tahu kes seperti ini pernah beberapa kali berlaku, namun tak didedahkan.
Ahmad Fauzi Md Sood, 50, berkata anaknya, Ahmad Aqil Zafran, 14, turut menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah itu.
Beliau mendakwa anaknya dilibas dengan batang besi dan penyapu dalam kejadian itu.
“Saya membuat laporan polis dan difahamkan 20 pelajar Tingkatan Empat melakukan aktiviti orientasi itu kepada 75 pelajar Tingkatan Dua dan ia berlaku dalam keadaan gelap di asrama,” katanya.

Cara Orientasi Tidak Lagi Sesuai
Katanya, orientasi cara berkenaan tidak lagi sesuai kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan, malah boleh meragut nyawa pelajar. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Beliau berkata, polis menerima tiga laporan polis dari tiga pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh yang mendakwa mereka telah dipukul oleh pelajar yang lebih senior dipercayai Tingkatan Empat sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan.
Sebelum ini, menurut Harian Metro polis menerima tiga laporan mengenai pelajar tingkatan dua sebuah SMA berasrama penuh di daerah ini yang dipercayai dicederakan pelajar senior.Tiga pelajar berusia 14 tahun itu menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana kecederaan di beberapa bahagian badan.
Siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Hmm…hal ini bukan sekali dua berlaku, malah ada yang terkorban akibat sikap gara-gara sikap negatif yang ada pada segelintir pelajar. Seharusnya perlu dipandang serius oleh pihak berwajib kerana perbuatan buli boleh meninggalkan kesan trauma buat mangsa.
Artikel Berkaitan : Netizen akan bantu uruskan, ahli politik seru sebar video buli agar pelaku dibawa ke muka keadilan
KKM Sahkan Muncul 4 Kluster Baru, Ini Bukti PKPB Masih Wajib Patuhi

Umum sedia tahu bahawa kerajaan telah mengumumkan 4 Mei 2020 yang lalu hampir semua sektor boleh kembali beroperasi semula.
Namun, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pembukaan semula sektor ekonomi negara tidaklah bermakna Malaysia sudah menang daripada perang melawan COVID-19.
Lebih membimbangkan, sejak seminggu lalu, masih wujud kes jangkitan COVID-19 di beberapa lokasi di seluruh negara.
Berikut adalah empat kluster baharu COVID-19 yang direkodkan sejak tujuh hari yang lalu.
1. Kluster Pedas
Penemuan kluster Pedas diumumkan pada 8 Mei dan ia melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan. Dr. Noor Hisham berkata, 60 kes positif COVID-19 telah direkodkan di kawasan tersebut.
Menurutnya, kes positif itu melibatkan tujuh warganegara Malaysia, 25 kes Nepal,18 kes Bangladesh, lapan kes Indonesia dan dua Myanmar.
2. Kluster pusat beli belah Cheras
Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya mengenal pasti kluster melibatkan anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah Cheras bermula 7 Mei lepas.
Sehingga Khamis, terdapat 10 kes positif COVID-19 dalam kluster itu dan melibatkan sembilan warga Nepal dan seorang warga Malaysia.
3. Kluster Taman BDC di Kuching
KKM memaklumkan terdapat satu pertambahan kluster baharu di Sarawak yang ditemui pada 4 Mei dan dikenali sebagai kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak.
Dr. Noor Hisham berkata, terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut.
Kluster itu juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling.
4. Kluster Lanchang
Penemuan kluster Lanchang ini diumumkan pada 2 Mei lalu dan ia membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang.
Oleh yang demikian, rakyat yang mula bekerja wajib mengikuti kesemua panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk mencegah semampu boleh dari dijangkiti penularan wabak bahaya ini.
Berikut langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipatuhi.
- Amalkan jarak sosial 1 meter di tempat kerja
- Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer di tempat kerja
- Sepanjang bekerja, pekerja harus memakai topeng muka dan hidung
- Sebelum masuk ke tempat kerja, wajib melakukan saringan kesihatan di pintu masuk.
- Individu yang tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan
- Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU
- Pastikan bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial
- Apabila ingin membuat pembayaran, digalakkan melakukan transaksi dalam talian (online)
- Laporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19
So, kesimpulannya kita masih perlu berjaga-jaga dan berwaspada dengan pandemik Covid-19 ini. Di fasa PKPB ini, bukan bermakna kita dah menang, tapi masih berjuang lagi melawan virus pembawa maut ini.
Hanya Buat Video Di TikTok, Tak Sangka Remaja 16 Tahun Mampu Raih Pendapatan Bersih RM16 Juta

Wah, bukan biashe-biashe ya!

Kalau dengar perkataan TikTok, pasti anda semua terbayangkan aplikasi atas talian yang memaparkan video-video yang ‘unik’ dan ‘pelik’.
Tapi korang tahu tak sebenarnya TikTok ini banyak manfaatnya kalau digunakan dengan betul?
Jika sebelum ini seorang YouTuber dari Indonesia telah mencuri tumpuan dunia apabila videonya tidak buat apa-apa selama dua jam mendapat berjuta tontonan, baru-baru ini, salah seorang bintang TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya.
Dengan kelebihan itu, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini hasil daripada populariti menari.
Menurut The Sun, Charli D’Amelio memiliki 100.7 juta pengikut dan 7.9 bilion tanda suka di akaun TikTok miliknya. Ini menjadikan dia lima kali lebih popular daripada Kylie Jenner dan Ariana Grande dalam platform video pendek.
Cara Charli jana pendapatan sebegitu banyak di TikTok?
Selain itu, Celebrity Net Worth melaporkan Charli D’Amelio jana pendapatan menerusi TikTok dengan mengenakan bayaran $100,000 (lebih kurang RM409,250) bagi satu hantaran tajaan di TikTok miliknya.

Difahamkan, pendapatan bersihnya kini boleh mencecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000). Jumlah tersebut boleh dikatakan cukup besar untuk pendapatan gadis berumur 16 tahun.
Lain-lain pendapatannya adalah daripada kempen, barangan dan aktiviti lain di luar platform TikTok.
Charli mula memuat naik video pertamanya pada Mei tahun lalu. Sebenarnya, keluarga D’Amelio sudahpun terkenal menerusi kelebihan masing-masing.
Ibu bapa Charli sendiri memiliki pengikut yang ramai di TikTok dan adiknya Charli Dixie mempunyai syarikat rakaman sendiri.
Bagaimana TikToker buat duit?
Ada yang kata mereka yang membuat akaun TikTok tidak menjana apa-apa pendapatan seperti akaun media sosial lain.
Tidak perlu keluarkan modal, cara paling mudah adalah membuat perjanjian iklan dengan jenama dan melalui ‘hadiah’ secara langsung dari pengguna.
Mereka yang biasanya tawaran daripada pengiklan adalah pengguna TikTok yang betul-betul terkenal.
Dikatakan pengiklan boleh memberikan pendapatan sekitar RM800 hingga RM80,000 kepada TikToker yang akan mempromosikan jenama-jenama itu dengan konsep mereka sendiri. Padanlah boleh menjana pendapat lumayan dengan cepat.
Selain itu, TikToker juga menjana pendapatan melalui penerimaan ‘hadiah’ wang daripada peminat mereka.
Jika dibuat dengan betul dan secara serius, ia mampu memberikan impak yang besar seperti apa yang telah dibuktikan oleh Charli.
Okay…penulis pun nak start download tiktok la mana tahu boleh jana pendapatan macam Charli….hiks