Setiap tahun, boleh dikatakan kebanyakan kawasan di sekitar Pantai Timur akan mengalami banjir ketika musim tengkujuh. Pada waktu inilah, ramai yang mengambil kesempatan untuk bermain air, terutamanya kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, ekoran daripada situasi pandemik COVID-19, kini individu yang ditahan bermain banjir di kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas secara berkumpulan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Komisioner Mohamad Roy Suhaimi menjelaskan bahawa surat memaklumkan mengenai tindakan itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasri Mas termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tindakan yang diambil ini adalah antara usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang dilihat semakin meningkat di kawasan tersebut. Pihak berkuasa menjangkakan ‘pesta’ bermain air banjir ini akan kembali berulang jika tidak dibendung.
Langkah kawalan ini turut mendapat sokongan daripada segelintir netizen yang menyifatkan ia sebagai peringatan buat masyarakat supaya lebih berhati-hati, disamping mengelakkan penularan virus.
Apa-apa pun sama-samalah kita bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini dan bukan itu sahaja, bermain air banjir juga boleh mengundang bahaya. Jadi, elakkan bermain air sewaktu musim tengkujuh.
Sumber: Sinar Harian
#GirlPower: Atlet Wanita Terkaya Pada Usia 25 Tahun, 10 Fakta Menginspirasikan Naomi Osaka
Baru berusia 25 tahun namun dia sudah bergelar juara dunia, dan mengungguli beberapa pertandingan tenis antarabangsa.
Kini nama Naomi Osaka semakin bersinar dan menjadi perhatian ramai. Naomi yang merupakan anak kacukan yang mana ibunya merupakan warga jati Hokkaido, Jepun dan ayahnya pula merupakan lelaki asal dari dari daerah Jacmel, Haiti. Memiliki dua kewarganegaraan dia membesar di AS namun bertanding mewakili negara kelahirannya iaitu Jepun.
ARTIKEL BERKAITAN : Naomi Osaka ‘Boikot’ Media, Tarik Diri Daripada French Open Selepas Disaman
Namun, apa yang dicemburui oleh anak muda diluar sana ialah kekayaan yang dimiliki gadis ini. Diusia 25 tahun, Naomi dilaporkan memiliki harta bernilai AS$51 bersamaan RM230 juta!
Pandai Jana Pendapatan
Forbes mendedahkan Naomi menerima bayaran paling mahal sekali gus menjadikan beliau atlet wanita paling kaya dan di dunia. Malah, menerusi laporan Cosmopolitan pula Naomi dikatakan tidak hanya menjana wang daripada kejohanan tenis yang dimenangi, beliau pandai menggandakan pendapatan menerusi pelaburan hartanah, perniagaan, produk penjagaan kulitnya dan endorsement.
Naomi salah seorang atlet yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi dan ia menjadikannya kaya-raya.
Berikut 10 fakta menginspirasikan mengenainya:
- Bermain secara profesional sejak 2013, Naomi mula terkenal dalam dunia tenis pada 2018 selepas memenangi Grand Slam pertamanya di Terbuka AS selepas menewaskan Serena Williams. Sejak itu, Naomi telah membawa pulang tiga lagi gelaran Grand Slam, Terbuka AS dan dua kali di Terbuka Australia. Kemenangan itu juga membawa pendapatan yang lumayan. Sehingga 2022, Naomi dilaporkan telah membawa pulang lebih daripada AS$21 juta menerusi tenis.
- Pada September 2021, Naomi melancarkan koleksi penjagaan kulit KINLÒ . Apabila tidak sibuk digelanggang tenis, Naomi mempromosikan jenama kecantikannya itu yang direka khusus untuk orang yang mempunyai kulit sawo matang.
- Sebahagian besar pendapatan Naomi datang daripada sokongan dan jurucakap kepada produk (endorsement) daripada syarikat-syarikat ternama.
- Pada Mei 2022, Forbes melaporkan bahawa Naomi telah memperoleh AS$58 juta (sebelum cukai dan yuran ejen) daripada endorsement untuk tempoh 12 bulan yang lalu sahaja!
- Tawaran penajaan terbesar Naomi ialah daripada Nike dan Yonex yang telah membekalkannya dengan raket sejak 2008.
- Dia juga amat sinonim dengan label-label terkenal seperti Beats Electronics, Mastercard, Panasonic, PlayStation, Levi’s, Airbnb, Sweetgreen, Nissan, Shiseido, Tag Heuer dan Louis Vuitton. Tidak hairanlah dengan cara ini Osaka menjana pendapatan hampir AS$60 juta setahun!
7. Pada tahun 2022, Naomi meninggalkan syarikat pengurusan IMG yang telah bersamanya sejak 2016 untuk menubuhkan agensi pengurusan sukan sendiri, Evolve bersama ejennya Stuart Duguid. Kedua-duanya telah menandatangani perjanjian dengan pelanggan pertama mereka iaitu bintang tenis Australia Nick Kyrgios. Pada tahun sebelum itu, Naomi menjadi pemilik bersama North Carolina Courage dalam Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan Amerika Syarikat.
8. Naomi turut aktif dalam pelaburan hartanah. Pada 2019, beliau membeli kediaman Nick Jonas di Beverly Hills dengan harga AS$6.9 juta. Dua tahun selepas itu beliau berjaya mendapatkan rumah agam Nick dan Vanessa Lachey di Los Angeles dengan harga AS$6.3 juta.
9. Menurut Celebrity Nett Worth, nilai bersih Naomi pada tahun 2022 adalah dianggarkan AS$45 juta.
10. Tidak hanya menikmati kekayaan sendirian, atlet muda ini juga berkongsi rezeki. Naomi juga suka menyumbang dan dia menghabiskan masa bekerja dengan banyak badan amal, termasuk Play Academy, UNICEF. Tidak lupa asal-usul, Naomi menubuhkan yayasannya sendiri iaitu Yayasan Osaka yang menawarkan pendidikan berkaitan sukan tenis kepada kanak-kanak di Haiti.
Hebat betul Naomi ni…..Cayalah!
BACA LAGI :Siapa Bintang Tenis 18 Tahun, EMMA RADUCANU Yang Bakal Jadi Jutawan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Remaja 16 Tahun Rancang Serang 2 Masjid Di Singapura, Mirip Kejadian Di Christchurch
Seorang remaja warganegara Singapura berusia 16 tahun dilaporkan merancang serangan ganas terhadap masyarakat Islam di sana, kira-kira pada tarikh yang sama dengan serangan pengganas di Christchurch, New Zealand pada tahun 2019.
Pelajar sekolah menengah itu bagaimanapun berjaya ditahan oleh penguatkuasa Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mereka telahpun mendedahkan rancangan pembunuhan besar-besaran yang ingin dilakukan suspek pada 15 Mac ini.
Remaja berketurunan India dan beragama Kristian Protestan itu mengaku akan rancangannya itu. Dia turut berserah kepada takdir sama ada dia akan ditahan sebelum melakukan serangan atau ditembak mati oleh polis setelah berjaya melakukan pembunuhan di dua buah masjid Singapura.
Dua masjid tersebut dikenal pasti sebagai Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak.
Masjid Yusof Ishak ialah satu masjid yang ingin diserang oleh remaja terbabit.
Masjid Assyafaah.
“Semasa dalam tahanan, remaja itu telahpun menjumpai senjata parang yang ingin dibelinya di laman jual beli atas talian, Carousell tetapi masih belum membelinya. Dia juga ingin mendapat senapang jenis rifle seperti yang digunakan oleh Brenton Warrant semasa kejadian pembunuhan masyarakat Islam di New Zealand,” jelas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD)
Dia hanya sempat membeli baju kalis peluru atau tactical vest dan ingin mengolahnya untuk meletakkan telefon pintar pada baju demi merakam serangannya itu. Selain itu, pihak berkuasa mendedahkan bahawa dia ingin memandu di antara 2 tapak serangan (masjid) di Singapura dan ingin mendapat kenderaan bagi melakukannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Serangan Masjid Di Christchurch, Netizen Doakan Syurga Buat Mangsa Korban – REMAJA
Kedua-dua perancangan ini mirip Brenton, lalu menyakinkan pihak berkuasa bahawa remaja tersebut mempunyai idealogi yang sama dengan pengganas tersebut.
Demi melakukan persediaan terhadap cara serangan, remaja itu telah menonton video propaganda ISIS di YouTube dan yakin untuk menyerang bahagian leher dan dada mangsa serangan secara rawak menggunakan senjata tajam.
Siasatan turut mendapati dia ingin melakukannya seorang diri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain. Malah, ahli keluarga dan kawan-kawannya tidak tahu menahu mengenai kebenciannya terhadap agama Islam dan rancangan keganasan itu.
BACA LAGI : Penembak Rambang Masjid Di Christchurch, NZ Terima Balasan! Brenton Di Penjara Seumur Hidup – REMAJA
Untuk pengetahuan, terdapat kira-kira 72 buah masjid di Singapura manakala 15 peratus daripada warganegara Singapura yang berusia 15 tahun ke atas adalah beragama Islam.
BTS Mcdonald’s Meal Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Mei Ini..
calling out all bts armys!!
Mcdonald’s telah melancarkan kolaborasi mereka bersama boyband terkenal K-Pop BTS (Bangtan Boys) dan menu terbaru BTS ni akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mei ini!
Menurut label agensi BTS, BigHit Music, kumpulan K-pop ini mempunyai momen manis bersama Mcdonald’s dan mereka berasa sangat teruja untuk berkongsikan BTS Meal ini bersama seluruh dunia! Menurut Naib Presiden dan Ketua Pemasaran McDonald’s pula, tidak kira siapa pun anda, semua orang pasti akan ada menu favorite mereka di McD, even BTS sekalipun!
Untuk pengetahuan korang, BTS Meal set ni datang dalam set Chicken Mc-Nuggets 10 pieces, medium size Coke, dan juga dipping sauce Sweet Chili dan Cajun. Kalau korang nak tahu, sebenarnya resepi terkenal ini diinspirasikan khas daripada McDonald’s Korea Selatan.
BTS Armys Malaysia! Jangan lepaskan peluang ini tau.. mark calendar korang 26 Mei ni cepat-cepat.. serbu McD boleh, tapi make sure korang jaga SOP juga tau!