Rata-rata dalam perintah kawalan pergerakan ini kita akan membeli belah secara online dan tanpa sedar berbeg-beg parcel sampai je depan rumah.
Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Malah, sebelum ini juga kerajaan telah memperkenalkan bantuan kredit RM150 dalam Program eBelia khas untuk golongan belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Ahli psikoterapi telah membuktikan bahawa ketagih membeli-belah dalam talian merupakan satu masalah kesihatan mental. Menurut Dr. Müller yang merupakan seorang pakar psikoterapi di Hannover Medical School dari German ini berkongsi tentang kajian yang dilakukan oleh dirinya dan juga rakan sekerja.
Berdasarkan kajian bersama 122 orang pesakit yang mendapatkan bantuan tentang masalah yang mereka hadapi iaitu ketagihan membeli-belah dalam talian yang teruk.
Semasa kajian dijalankan, para saintis mendapati pesakit yang berlawan dengan rasa ketagih yang teruk selalunya mempunyai kadar tekanan dan anxiety yang tinggi. Para pengkaji percaya rasa ketagih untuk membeli barangan dalam talian menjadikan individu tersebut berubah kepada shopaholic.
Individu shopaholic ini pula sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghadap telefon atau komputer mereka semata-mata ingin mencari barang yang di minati tanpa rasa perlu bergaul dengan masyarakat serta tanpa perlu keluar dari rumah mereka sendiri.
Pakar mendapati individu yang ketagih membeli-belah secara dalam talian ini gemar mendapatkan tawaran promosi di dalam talian ini kerana promosi di dalam talian tidak sama seperti di stor fizikal. Dengan membeli di dalam talian, mereka akan mendapati barang yang berkualiti dengan harga yang jauh lagi murah berbanding membeli di kedai fizikal.
Kalau korang nak tahu, gejala-gejala yang dialami oleh individu seperti ini memerlukan perhatian kesihatan yang serius oleh pakar. Ini kerana kesan ke atas kesihatan mental kepada diri individu tersebut akan membawa kepada rasa tekanan yang ekstrem serta pelbagai masalah psikologi yang lain.
Paling bahaya, penyakit ini mampu membuatkan kehidupan menjadi sukar dan serabut seperti masalah dalam perhubungan, hutang-piutang dan keadaan rumah yang semak dengan pelbagai barangan yang di beli.
Kini tiba masa masalah BSD dikenali sebagai salah satu masalah mental yang serius agar dapat membantu pesakit-pesakit agar tidak menjadi lebih kronik.
Ish takut pulak sebab penulis pun pantang nampak sales online juga…hiks!