Jika sebelum ini tular trend ‘unboxing’ isteri dikalangan anak muda yang dimuatnaik dalam bentuk video hingga menjadi perdebatan netizen.
ARTIKEL BERKAITAN : Permulaan Dosa Dan Undang Fitnah, JAIPK Seru Para Pengantin Baru Elak ‘Unboxing’ Isteri
Terkini, timbul pula trend terbaharu yang menjadi ikutan para anak muda dan remaja apabila aksi menunaikan solat dengan menjadikan kipas angin sebagai makmum.
Video-video tersebut memaparkan individu bujang yang berlakon seperti sedang menunaikan solat bersama pasangan mereka. Kononnya, trend ini dibuat kerana ingin merasai bagaimana solat bersama pasangan seperti suami isteri.
Menurut Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak perkara tersebut merupakan satu perbuatan yang mempersendakan agama dan merupakan DOSA BESAR!
“Perbuatan mengejek agama ini haram perbuatannya dosa besar.
“Apatah lagi kalau dibuat dalam keadaan sedar bukan mabuk ketum maka perbuatan tersebut dilarang oleh agama.
“Kalau boleh kepada pihak jabatan agama, kalau perbuatan ini dilakukan di Malaysia boleh diambil tindakan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, menurut pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus berkata individu yang berlakon solat adalah HARAM kerana mereka seakan mempermainkan Islam yang mana berdosa besar seseorang itu jika mempersendakan agama.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya,” — (HADIS RIWAYAT ABU DAWUD)
“Berlakon solat adalah haram. Jika tunjuk cara sujud dengan budak-budak dibolehkan. Benda itu beza. Berlakon lain, dia berpura-pura sembahyang. Dia tidak tahiyat. Haram kerana bermain-main.
“Ada juga yang ambil gambar ketika sembahyang, menurut ulama perkara itu dibolehkan. Kalau ajar orang dibolehkan seperti seorang suami menegur isterinya ketika solat, perkara itu dibolehkan atas tujuan pembelajaran,” kata Azhar menerusi sebuah klip video ceramah TikToknya.
Malah mereka berpendapat content sebegitu agak melampau selain akui tidak sangka ada segelintir umat Islam sanggup mempersendakan agama demi populariti semata-mata. Moga jadi peringatan kepada semua…
BACA LAGI :
Jangan Seronok Main ‘Add Yours Challenge’ Di Instagram, Boleh Jadi Sasaran ‘Scammer’!**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.