Jangan Mengaku K-Fans Kalau Belum Tonton 10 Drama Korea Terbaik 2017 Ni

Share

Bila sebut tentang drama Korea, ramai juga yang dalam fikiran mereka hanya terjurus kepada kisah cinta ‘mat jiwang muka jambu’ dengan ‘minah comel manja malu-malu kucing’. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis genre drama Korea yang sudah ditayangkan terutamanya sepanjang tahun 2017. Tahun ini menyasikan cukup banyak drama Korea yang telah mencapai populariti di peringkat global.

Dari drama berkisarkan komedi, politik mahupun fantasi, drama Korea memang tak pernah mengecewakan. Sejauh manakah tahu tentang drama Korea yang telah ditayangkan pada tahun ini. Adakah kamu benar-benar kaki drama Korea terulung? Istimewa untuk korang, Remaja bawakan 10 drama Korea terbaik

yang WAJIB kamu tonton!

1. While You Were Sleeping

Dibintangi dua artis popular, Lee Jongsuk dan Bae Suzy, While You Were Sleeping diangkat menjadi drama terbaik 2017!

2. Weightlifting Fairy

Drama coming of age ini diinspirasikan daripada kisah atlet terkenal Korea, Jang Mi Ra. Diterajui oleh empat pelakon hebat Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk, Lee Jae Hyuk dan Kyung Soo Jin.

3. Suspicious Partner

Buat peminat setia aktor kacak, Ji Chang Wook ini merupakan drama yang tidak harus kamu lepaskan apatah lagi menyaksikan dia sebagai seorang peguam.

4. School 2017

Selepas berjaya dengan dua siri terdahulu iaitu ‘School 2013′ dan School 2015’, siri terbaru ‘School 2017’ yang menampilkan Kim Sejong. Ia sekali gus meneruskan legasi kehebatan francais drama ‘School’.

5. Man To Man

Drama aksi hebat ini ditunjangi dua pelakon utama iaitu Park Hae Jin dan Park Sung Woong. Menerusi drama aksi ini Park Hae Jin memegang watak sebagai seorang bodyguard

.

6. Intoverted Boss

Bagi penggemar drama yang berkisarkan kisah dalam pejabat, ‘Introveterd Boss’ yang dilakonkan oleh Yon Wo Jin dan Park Hye Soo ini pasti mencuit hati.

7. Because This Is My First Life

Tampil dengan jalan cerita yang cukup ringkas dan real, drama ‘Because This Is My First Life’ sesuai buat kamu yang tidak suka drama serius. Ia menggandingkan Lee Min Ki dan Jung So Min selaku pelakon utama.

8. Fight My Way

Drama yang mengetengahkan Park Seo Joon dan Kim Ji Woon selaku pelakon utama ini ditayangkan pada bulan Mei yang lalu. Ia mendapat rating yang cukup tinggi di Korea.

9. Missing 9

Psstt peminat EXO sekalian, drama ‘Missing 9’ ini turut menampilkan Chanyeol! Kisah misteri tentang kecelakaan sebuah pesawat ini pasti mendebarkan hati penonton. Selain Chanyeol EXO, ia turut dibintangi Baek Jin Hee dan Jung Kyung Ho.

10. Strong Woman Do Bong Soon

Kisah seorang wanita bersama Do Bong Soon yang mempunyai superpower dengan kekuatan luar biasa. Drama mencuit hati ini ditunjangi pelakon utamanya Park Bo Young dan turut dibantu oleh Park Hyung Sik serta Ji Soo.

Yezzaaa, jadi inilah senarai 10 drama Korea 2017 yang WAJIB kamu tonton jika mahu bergelar kaki K-drama sejati. Amacam, setuju dengan senarai kami?

Published by
Farizul Izwany Ibrahim