Niatnya untuk bergembira semasa di sebuah taman tema air, tapi lain pula jadinya.
Seorang remaja Inggeris bernama Jade Graves baru-baru ini telah berkunjung ke Aqua Paradise Water Park yang terletak di Nessebar, Bulgaria bersama keluarganya.
Sedang dia menaiki pelbagai jenis ride yang ditawarkan oleh taman tema itu (terdapat 25 kesemuanya), salah satu daripada gelongsor air yang dicuba oleh Jade menjadi lokasi tragedi buatnya.
Gelongsor air bernama The Space Jam itu adalah popular di kalangan netizen sebagai salah satu ride paling menakutkan di Eropah. Pada ketinggian 72 kaki, Jade yang mencubanya harus betul-betul terbaring sepanjang ride itu demi keselamatannya.
Iyalah, ketinggian 72 kaki ataupun 22 meter bukanlah ketinggian biasa-biasa sis.
Ads
Namun setelah Jade tiba di bawah, dia terasa sakit yang amat pada bahagian pelvik bawah. Bila melihat ke arah paha, dia melihat darah mulai keluar daripada pakaian mandi.
Menurut laporan doktor, Jade mencederakan arteri darah di bahagian sulit disebabkan tekanan air yang hebat sepanjang gelongsor itu. Akibatnya, Jade dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke bilik pembedahan untuk merawat arteri.
“Saya tak percaya ia akan terjadi semasa bercuti dengan keluarga. Saya kehilangan darah yang banyak sehingga perlukan proses transfusion.
Ads
“Diharap pihak berkuasa taman tema akan menyelidik insiden ini kerana saya tidak mahu mana-mana pengunjung untuk sama nasib dengan saya,” katanya kepada Daily Mail.
Jade telah melantik peguam dan kini sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap Aqua Paradise Water Park.
Ads
Suka tu suka juga semasa bercuti di lokasi seperti taman tema air. Tetapi keselamatan harus sentiasa jadi keutamaan. Maklumlah, malang tidak berbau.
Bermula semalam, Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga 31 Mac akan datang. Namun mulai malam tadi, PM menyeru rakyat Malaysia agar duduk di rumah sahaja dan bukannya balik kampung seperti dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang degil.
Dalam pada itu, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan juga, ramai pekerja melontarkan pendapat kerana mereka dipaksa oleh majikan untuk datang bekerja biar bukan terlibat dalam 26 sektor yang diberi kebenaran bekerja. Dalam hal ini, pekerja boleh membuat laporan polis.
Namun disebabkan wabak COVID -19 ini juga ada sektor yang menerima kesan apabila majikan terpaksa mengurangkan pekerja dan memberi cuti kepada mereka. Bagi pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji disebabkan COVID-19 bermula 1 Mac, pekerja layak menerima RM600 yang akan diberi dalam tempoh 7 hari dari permohonan dibuat.
Baca saranan dari Menteri Kanan, YB Datuk Seri Azmin Ali mengenai hal ini seperti dikongsi di fbnya.
COVID-19: BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA UNTUK BANTUAN CUTI TANPA GAJI
Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji ini.
Disini dijelaskan untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan TIDAK PERLU MEMOHON kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka. Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan WAJIB mengkreditkan RM600 tersebut kedalam akaun pekerja mereka dalam tempoh 7 hari.
Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Anda boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes positif COVID-19 hari ini mencatatkan 8,290 jumlah kes baharu dan secara tidak langsung ia merupakan antara yang tertinggi pernah direkodkan di negara kita. Selangor masih lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,075 kes diikuti Kelantan dengan 851 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 830 kes.
Apa yang lebih membimbangkan, menurut Harian Metro, golongan muda lingkungan usia 20 hingga 40 tahun paling ramai dijangkiti COVID-19 pada gelombang ketiga wabak pandemik ini. Keadaan ini menunjukkan peningkatan jangkitan Covid-19 melalui kes sporadik atau tiada kaitan dengan kluster.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga melaporkan jumlah pesakit COVID-19 dengan gejala serius iaitu ahap empat dan lima juga meningkat 15 peratus dalam gelombang ketiga berbanding lima peratus sebelum ini.
Oleh yang demikian, masyarakat disarankan supaya sentiasa berwaspada, bagi yang dijangkiti dan dirawat sama ada di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dipantau sebaiknya.
Bagi mereka yang pada awal didapati tidak bergejala tapi kemudiannya bergejala serius (kategori 4 dan 5) minta segera hubungi fasiliti kesihatan.
Masyarakat juga disarankan untuk melakukan lockdown kendiri bagi mengurangkan penularan virus pandemik ini.
Kehangatan pilihanraya ke-14 semakin dirasai. Ini dapat dilihat dengan kibaran bendera dalam pelbagai saiz termasuk bersaiz gergasi untuk menarik minat mengundi. Masa yang sangat suntuk iaitu tinggal tujuh hari lagi untuk tempoh berkempen sudah cukup membuatkan calon-calon mengorbankan masa tidur mereka demi menemui pengundi di kawasan masing-masing.
Di sebalik berbagai cerita mengenai PRU ini, tentunya kita merasai kemeriahan bila mana melihat ratusan ribu bendera dipasang di seluruh negara. Lagi “panas” kawasan itu dengan kisah calon-calonnya, lebih banyak bendera dapat dilihat. Kata orang, bukan saja calonnya dilihat tetapi bendera yang mewakili parti sudah cukup membuatkan pengundi boleh berfikir pangkah yang mana.
Tapi sejauh mana kita mengetahui kisah-kisah “budak bendera” ini? Tanpa mereka, sama ada dibayar upah mahal atau sedikit, tanpa mereka, pilihanraya dalam negara cukup sepi.
Jom ketahui kisah budak bendera. Adakah mereka ini benar-benar penyokong parti, berjuang demi parti atau “budak-budak” muda yang dibayar untuk kelangsungan kehidupan mereka.
Bagi Ranizal Basiran, 33 tahun yang bertindak memasang bendera bagi Pakatan Harapan memaklumkan dia tidak menekankan berapa upah diterimanya tetapi dia melakukannya atas semangat mahu satu perubahan berlaku dalam pentadbiran negara.
“Saya lakukan atas usaha sebagai anak muda yang mahu melihat perubahan berlaku. Sebagai anak muda, ini cara kami meluahkan pendapat dan saya mengambil inisiatif menaikkan bendera harapan demi membina masa depan baru anak muda,”katanya.
Ditanya upah, kata Ranizal, ianya tidak banyak, antara RM30-RM40 bagi semalam dan kerja-kerja ini dilakukan beramai-ramai. “Selain menggunakan tangga bagi kawasan agak tinggi, biasanya kami baling botol air sebagai pemberat jika tempat itu terlalu tinggi,’ katanya memaklumkan biasanya buluh disediakan oleh wakil calon dan mereka hanya bertindak memasangnya sahaja.
Bagi Alang, dia akui agak gayat dalam suasana tinggi tetapi ia sedikitpun tidak mengubah dirinya untuk bersama-sama sebagai budak bendera. Alang dengan jujur berkata, upah diterimanya tidak tinggi tetapi lebih kepada kemeriahan. Malah katanya juga bendera biasa dipasang di tengah malam ketika kenderaan kurang demi mengelak risiko kemalangan ketika memasang.
Sementara itu Bob yang bertindak memasang bendera bagi Barisan Nasional berkata, mereka semua bukan budak bendera baru tetapi sudah lama sejak zaman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lagi.
“Upahnya dalam RM80 semalam. Adalah kerja dalam dua jam. Masa Pru 13 dulu, memang banyak. Boleh dapat dalam RM150 seorang tetapi sekarang jumlahnya berbeza,” katanya mengakui biasanya pemasangan bendera dilakukan seramai 10 orang dalam satu kumpulan.
Dalam pada itu, seorang rakannya, Azli berkata, dia berjuang memasang bendera bukan semata-mata kerana upah tetapi kerana perjuangannya dalam parti.
“Kami semua bukan baru, sudah lama dulu lagi. Upah adakala dibahagi sama rata kerana semua sama-sama penat. Lagi pun kita suka berkumpul ramai-ramai. Memang rasa meriahnya,’ katanya mengakui menerima upah dalam kadar tersebut.
Dalam pada itu Azli memaklumkan, ada beberapa peraturan yang harus difahami oleh budak pemasang bendera.
“Pertama, kita tak boleh sesekali buang bendera atau jatuhkan bendera pesaing. Keduanya, kalau berlaku provokasi, mereka semua harus mengawal emosi. Masa yang sama, ada beberapa kawasan larangan pasang iaitu dalam rumah orang serta ada lokasi-lokasi lain iaitu depan tempat mengundi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui sedang duduk di pondok panas bersama beberapa orang kawan-kawannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...