Ramai remaja tidak kisah menyarung apa saja pakaian ke tubuh. Asal selesa dan mudah, semuanya disarung tanpa mengambil kira kesesuaian dengan tubuh, lokasi berada, pertemuan dengan siapa dan sebagainya. Ada sesetengahnya pula gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengambil kira situasi diri sendiri adakah mereka juga benar-benar sesuai mengenakan pakaian tersebut.

Menurut Perunding Imej, Wawa Idris, boleh layari blognya, Imej Patik.Wawa Idris.com menyenaraikan lima kesilapan yang biasa dilakukan remaja lelaki mahupun perempuan saat mengenakan pakaian ke satu-satu majlis. Jom baca apa 5 kesilapan yang biasa kita buat dalam soal menyarung pakaian sesuai!

“Jangan Pakai Baju Besar Dari Badan”, Ini 5 Kesilapan Fesyen Perlu Remaja Elak

Ads

Katanya sebelum mengenakan sebarang pakaian, kena tahu dulu beberapa aspek iaitu :

Ads
  1. Lokasi: Sebelum menghadiri majlis, kenal pasti dulu lokasi hendak dituju. Contohnya, majlis kahwin. Lebih sopan jika lelaki mengenakan t-shirt berkolar berbanding round neck.

    Boleh sesuaikan dengan jeans kerana nampak kemas. Tetapi hari ini ramai yang main sarung hanya kerana mereka rasa selesa. Kesilapan berpakaian ini diibaratkan kita pergi satu majlis rasmi dan kita hanya pakai seluar pendek dan t-shirt. Nampak janggalkan dan itulah kejanggalan yang terpaksa kita hadap semasa di sana.

  2. Kita tak tahu siapa yang bakal kita jumpa– Berpenampilan kemas adalah dituntut dalam semua majlis. Lebih baik begitu dari terasa janggal. Ini kerana kadang kala kita tidak tahu dengan siapa kita akan bertemu. Contohnya, jika dia adalah prospek perniagaan kita, pekerjaan masa depan kita dan sebagainya.

    Jika pada kali pertama pertemuan  soal pakaian dipandang remeh, silap-silap kita akan kehilangan semuanya. Contoh dalam satu majlis rasmi, kita boleh pakai seluar khakis + kemeja, slack + tshirt kolar. Bagi perempuan, pakailah lipstik sekurang-kurangnya untuk elak muka pucat selain pakaian yang sesuai.

    “Jangan Pakai Baju Besar Dari Badan”, Ini 5 Kesilapan Fesyen Perlu Remaja Elak
    Jangan silap memilih pakaian kerana ada kalanya bukan semua sesuai disarung ke badan kita. Gambar hiasan.
    “Jangan Pakai Baju Besar Dari Badan”, Ini 5 Kesilapan Fesyen Perlu Remaja Elak
    Remaja harus tampil dengan pakaian kasual kerana ia sesuai dengan penampilan mereka yang santai. Gambar hiasan.

     

  3. Pakai baju lebih dari saiz badan –Ramai orang berisi biasanya akan mengenakan baju yang lebih besar untuk menutupi bentuk badan. Ini salah kerana baju besar akan lebih membuatkan seseorang kelihatan lebih besar. Jika saiz badan M, pakailah M. Jangan ambil L. Lelaki dan perempuan agak sama dalam hal ini kerana mereka mahu menutupi kekurangan diri itu.

    Kata Wawa Idris, bila kita pakai pakaian lebih besar, ia akan menampakkan kita lebih gemuk ya, bukan dapat menutup kekurangan diri kita pun.Untuk pengetahuan adik, akak-akak dan abang-abang, bentuk badan manusia terbahagi kepada beberapa bentuk. Bentuk badan ini dikira dari bahu  ke pinggang.

    Antara lima bentuk ini ialah bentuk V (disebut sebagai pear), bentuk V (apple – atas besar, bawah kecil), bentuk H (statik iaitu lurus seperti pembaris), bentuk O (badan bulat) dan bentuk X (pinggang kecil @ ramping. Contoh paling mudah artis cantik Rozita Che Wan). Bayangkan buah-buahan itu dan kita dapat membayangkan bentuk badan kita bagaimana, jelasnya.

  4. Suai dan padan – Ramai orang silap dalam aspek ini. Sebagai contoh, bagi perempuan, contohnya jika dia mengenakan kemeja plain tetapi dia pakai tudung satin. Kenapa nampak silap di sini? Kata Wawa Idris, satin dianggap kain yang mewah, berkilauan dan cantik tetapi kalau dipadankan dengan kemeja dari cotton, ada kesilapan di situ. Nampak kurang sesuai dengan pemilihan fabrik.

    Masa yang sama, seperti contoh, baju kurung bunga-bunga. Jangan sesekali kenakan tudung berbunga-bunga juga. Sudahnya orang hanya nampak bunga bukan  diri kita. Sepatutnya, kalau baju plain, pakailah tudung bunga. Itu baru sesuai. Satu lagi jangan gunakan terlalu banyak warna pada pakaian. Antara kesilapan dalam suai dan padan ini lagi ialah pemilihan warna. Sebagai contoh, kita mengenakan seluar coklat tetapi pakai kemeja hitam. Secara tak langsung ia menenggelamkan diri kita.

    “Jangan Pakai Baju Besar Dari Badan”, Ini 5 Kesilapan Fesyen Perlu Remaja Elak
    Pemilihan pakaian perlu disesuaikan dengan situasi yang kita hendak hadiri
  5. Personaliti– Ini paling penting kerana orang harus kenal pasti personaliti dirinya. Kata Wawa Idris, jika sudah kenal, barulah seseorang individu itu tahu bagaimana mengenakan pakaian sesuai untuk dirinya. Namun untuk ujian personaliti diri ini, satu ujian berbentuk soalan harus dilalui terlebih dahulu. Dari situ pakar perunding imej akan mengenal pasti personaliti individu tersebut.Misalannya, kalau seorang itu natural sporty (suka pakai baju tanpa gosok, boleh pakai baju sama berulang kali, main sarung tanpa kisah), sebagai perunding imej saya sudah boleh nampak karektor individu itu semasa bertemunya.

    Antara personaliti lain classic/ elegen (bagi individu ini dia suka menonjolkan dirinya lebih dari orang lain, kalau dia kenakan pakaian, dia akan pakai apa yang orang lain takut nak pakai), natural/ sporty, romantik dan dramatik.“Setiap satu orang berbeza personalitinya. Kalau dapat kenal pasti, lebih mudah untuknya hadir ke majlis-majlis,” katanya ketika ditemui.

Insya allah, kalau kita tahu tata cara berpakaian, lebih mudah untuk kita mengenakannya. Bukan apa, kita pun tak mahu malukan diri sendiri kalau main sarung saja baju sedangkan pakaian tersebut tak sesuai.

Ads

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI