Ramai remaja tidak kisah menyarung apa saja pakaian ke tubuh. Asal selesa dan mudah, semuanya disarung tanpa mengambil kira kesesuaian dengan tubuh, lokasi berada, pertemuan dengan siapa dan sebagainya. Ada sesetengahnya pula gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengambil kira situasi diri sendiri adakah mereka juga benar-benar sesuai mengenakan pakaian tersebut.
Menurut Perunding Imej, Wawa Idris, boleh layari blognya, Imej Patik.Wawa Idris.com menyenaraikan lima kesilapan yang biasa dilakukan remaja lelaki mahupun perempuan saat mengenakan pakaian ke satu-satu majlis. Jom baca apa 5 kesilapan yang biasa kita buat dalam soal menyarung pakaian sesuai!
Katanya sebelum mengenakan sebarang pakaian, kena tahu dulu beberapa aspek iaitu :
Boleh sesuaikan dengan jeans kerana nampak kemas. Tetapi hari ini ramai yang main sarung hanya kerana mereka rasa selesa. Kesilapan berpakaian ini diibaratkan kita pergi satu majlis rasmi dan kita hanya pakai seluar pendek dan t-shirt. Nampak janggalkan dan itulah kejanggalan yang terpaksa kita hadap semasa di sana.
Jika pada kali pertama pertemuan soal pakaian dipandang remeh, silap-silap kita akan kehilangan semuanya. Contoh dalam satu majlis rasmi, kita boleh pakai seluar khakis + kemeja, slack + tshirt kolar. Bagi perempuan, pakailah lipstik sekurang-kurangnya untuk elak muka pucat selain pakaian yang sesuai.
Kata Wawa Idris, bila kita pakai pakaian lebih besar, ia akan menampakkan kita lebih gemuk ya, bukan dapat menutup kekurangan diri kita pun.Untuk pengetahuan adik, akak-akak dan abang-abang, bentuk badan manusia terbahagi kepada beberapa bentuk. Bentuk badan ini dikira dari bahu ke pinggang.
Antara lima bentuk ini ialah bentuk V (disebut sebagai pear), bentuk V (apple – atas besar, bawah kecil), bentuk H (statik iaitu lurus seperti pembaris), bentuk O (badan bulat) dan bentuk X (pinggang kecil @ ramping. Contoh paling mudah artis cantik Rozita Che Wan). Bayangkan buah-buahan itu dan kita dapat membayangkan bentuk badan kita bagaimana, jelasnya.
Masa yang sama, seperti contoh, baju kurung bunga-bunga. Jangan sesekali kenakan tudung berbunga-bunga juga. Sudahnya orang hanya nampak bunga bukan diri kita. Sepatutnya, kalau baju plain, pakailah tudung bunga. Itu baru sesuai. Satu lagi jangan gunakan terlalu banyak warna pada pakaian. Antara kesilapan dalam suai dan padan ini lagi ialah pemilihan warna. Sebagai contoh, kita mengenakan seluar coklat tetapi pakai kemeja hitam. Secara tak langsung ia menenggelamkan diri kita.
Antara personaliti lain classic/ elegen (bagi individu ini dia suka menonjolkan dirinya lebih dari orang lain, kalau dia kenakan pakaian, dia akan pakai apa yang orang lain takut nak pakai), natural/ sporty, romantik dan dramatik.“Setiap satu orang berbeza personalitinya. Kalau dapat kenal pasti, lebih mudah untuknya hadir ke majlis-majlis,” katanya ketika ditemui.
Insya allah, kalau kita tahu tata cara berpakaian, lebih mudah untuk kita mengenakannya. Bukan apa, kita pun tak mahu malukan diri sendiri kalau main sarung saja baju sedangkan pakaian tersebut tak sesuai.