Ada beberapa faktor yang sangat penting untuk sebuah filem seram menjadi sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah filem yang baik. Pertama, ia perlulah mempunyai plot yang baik yang boleh buatkan kita sentiasa tidak senang duduk. Kedua, filem seram yang baik perlu ada babak-babak menakutkan tidak kiralah dari segi visual atau pun audio. Ketiga, ia perlu ada barisan pelakon yang baik disertakan dengan karakter yang dikembangkan agar kita ada rasa ambil berat terhadap mereka.

Bagi penulis, jika tiga perkara ini lengkap atau berada di tahap yang baik ia sudah cukup untuk meletakkan filem seram itu sebagai karya yang baik.

Agak sayang kerana ‘Behind The Walls’, filem yang diarahkan oleh dua adik-beradik iaitu James dan Jon Kondelik agak kekurangan tiga perkara di atas. Ia sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah filem yang menarik. Premisnya tentang sebuah keluarga baru berpindah ke sebuah rumah usang merupakan plot yang selalu kita jumpa dalam genre ini.

‘Behind The Walls’ mengisahkan Kathy Harper, seorang ibu tunggal yang membawa tiga orang anaknya iaitu Micahel dan pasangan kembar, Derry dan Kerry berpindah ke sebuah rumah baru disebabkan sebuah kejadian silam. Perpindahan yang tidak diceritakan dengan jelas itu turut dirahsiakan Kathy daripada anak-anaknya.

Ads

Jangan Pandang Belakang Dinding! Review Filem Behind The Walls

Namun apa yang mereka tidak tahu, rumah tersebut mempunyai ‘penunggu’ misteri yang berupa satu makhluk yang agak pelik. Pada awalnya kita tidak ditonjolkan dengan kemunculannya; cuma dimomokkan dengan usikan manja terhadap pasangan kanak-kanak kembar dan bunyi pelik di belakang dinding.

Kisah silam yang menghantui Kathy kembali menghantuinya dengan kemunculan abang iparnya yang ingin mengambil anak-anaknya. Dan di sinilah bermula keganasan yang ditonjolkan oleh penunggu di dalam rumah.

Ads

Artikel Berkaitan: Koleksi Throwback 10 Foto Comel Selebriti Semasa Remaja & Kanak-Kanak

Antara kekurangan utama filem ini ialah skripnya yang agak straight forward dan karakternya yang seolah tiada chemistry antara satu sama lain. Plotnya juga kadangkala agak bercelaru dan sukar difahami.

Ads

Walau bagaimanapun buat peminat filem seram, korang mungkin boleh menonton filem ini jika inginkan satu kelainan. Apa yang pasti ia cukup menghiburkan kami… cuma dari sudut yang jauh berbeza.’Behind The Walls’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula pada 2 Februari 2018 di seluruh negara.

Rating: 2/5

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI