Jangan Pandang Remeh Bila Kad Pengenalan Hilang, Ini Nasihat Penganalisis Jenayah

Share

Ala…IC tak ada pula dalam dompet ni!

Siapa pernah hilang kad pengenalan atau lebih senang di panggil ‘IC’ ini sila angkat tangan sikit!

Okay, sebenarnya penulis pun pernah je hilang purse yang ada IC dekat dalamnya dulu. Hehe! Tapi awas ye,jangan pandang ringan apabila kad pengenalan korang ini hilang.

Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim mengakui kehilangan dokumen pengenalan diri itu mampu mengundang pelbagai lagi masalah lain seperti penyamaran, penipuan identiti, mendapatkan khidmat percuma secara curang dan juga pemalsuan dokumen.

Menurutnya, jika kehilangan itu disebabkan bencana seperti kebakaran, ia tidaklah membawa apa-apa manfaat kerana kad tersebut telah musnah dan tidak boleh digunakan sama sekali

Mengulas lanjut, Kamal Affendi juga tidak menolak kemungkinan kad pengenalan yang hilang itu juga dijual kepada pendatang asing atau sebagainya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, masyarakat seharusnya perlu lebih peka dalam menjaga keselamatan kad pengenalan yang mengandungi data peribadi mereka dan juga lebih bertanggungjawab sekiranya menjumpainya di mana-mana untuk diserahkan kepada pihak polis ataupun kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

“Jadi mereka yang kehilangan kad pengenalan perlu segera membuat laporan kepada pihak berwajib agar tidak menjadi mangsa penipuan dan sebagai.

“JPN juga perlu memainkan peranan mereka berhubung kesan daripada kehilangan kad pengenalan ini dengan menguar-uarkan dalam bentuk poster digital bagi edaran media sosial untuk membuka mata dan minda masyarakat tentang pentingnya penjagaan keselamatan terhadap dokumen rasmi tersebut,” jelasnya.

Wah bahaya juga ye jika kad pengenalan kita hilang. Guys, please jaga IC korang tu elok-elok. Bukan apa, takut nanti ada strangers gunakan details IC korang yang hilang itu dan buat transaction palsu. So, better berhati-hati ye!

Sumber : Sinar Harian

Published by
Nana