Jangan Pandang Remeh Isu Mandi Wajib Kalau Tak Nak Ibadah Tak Sah, Ikut Cara Ini

Share

Mandi wajib bukanlah suatu perkara yang korang boleh ambil remeh kerana kalau salah cara, mandi wajib tidak betul dan ibadah yang lain juga jadi tidak sah.

Jadi, bagaimana cara mandi wajib yang betul?

Tak perlu mandi lama-lama, asalkan air dapat diratakan ke seluruh anggota tubuh badan. Sama ada lelaki atau pun perempuan, panduan yang diberikan oleh JAKIM ini boleh dijadikan rujukan untuk menyemak sama ada cara mandi wajib korang itu betul atau tidak.

Gambar hiasan

1. Niat ketika air sampai ke tubuh badan

2. Membaca Bismillah

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan (menyucikan) tangan kiri dengan sabun

Gambar hiasan

6. Berwudhuk. Boleh dilakukan seperti mengambil wudhuk biasa, seperti mana biasa dilakukan sebelum melakukan solat; atau boleh menangguhkan mencuci kaki selepas habis mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala, lalu menyiramnya 3 kali dengan air.

Ini berdasarkan hadith dari Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya.”

Ketika menyiram kepala, mulakan dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Seperti mana dalam hadith Aisyah (R.A) yang bermaksud:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, pastikan rambut tidak diikat dan dilepaskan. Ini juga berdasarkan hadith Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) da n sisirlah rambutmu”

8. Mulakan dengan bahagian kanan tubuh terlebih dahulu.

Dari Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci.” (Sahih Muslim)

9. Ratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Ambil wuduhuk kalau nak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya saja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Sumber: Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Published by
Noor Ain Norman