Jangan Pandang Ringan, Hukum Thread Lift, Nose Lift Adakah Dibenarkan Dalam Islam?

Share

Trend threadlift atau tanam benang ke dalam kulit bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat kita terutamanya bagi kaum wanita.

ARTIKEL BERKAITAN : PU Azman Kongsi Sebab Kenapa Eyelash Extension & Bulu Mata Palsu Haram Dipakai

Kaedah kosmetik ini dilakukan untuk menegangkan, mencerahkan dan meremajakan kulit dalam mencantikkan diri telah mendapat perhatian ramai tak kiralah dari selebriti hingga ke orang awam. Untuk nampak cantik dan sempurna, terutamanya golongan wanita sanggup melakukan apa sahaja.

Foto Hiasan  – @amelinaamirsharipuddin (IG)

Dengar macam satu proses yang simple dan tak memudaratkan. Namun, apa hukumnya dalam Islam?

Kaedah tanam benang atau thread lift dengan menggunakan benang yang dimasukkan ke dalam kulit bertujuan untuk menegangkan, mencerahkan dan meremajakan kulit hukumnya adalah haram, kerana termasuk dalam kategori mungubah ciptaan Allah SWT s.w.t.

Ini berdasarkan riwayat hadis dari Abdullah bin Masud, sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT. (Riwayat al- Bukhari).

Berdasarkan kepada hadith di atas majoriti fuqaha berpendapat, perbuatan mengubah struktur tubuh bagi tujuan kecantikan adalah diharamkan ini kerana perbuatan tersebut termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah SWT. Maka penggunaan thread lift dalam mencantikkan diri termasuk dalam kategori ini.

So, masih ingin meneruskan? Tepuk dada tanya selera. Keputusan terletak dalam tangan korang.

Sumber: Jabatan Mufti Selangor

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana