Seorang guru dan dua anaknya ditemui lemas dalam insiden kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam sungao di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil semalam.
Menurut laporan, guru itu ditemukan bersama dua anaknya di bahagian belakang kereta terbabit yang tenggelam di dasar sungai berkenaan. Kereta mangsa telah ditarik dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter dengan bantuan kren sebelum jasad ketiga-tiga mangsa ditemukan.
Kejadian seumpama ini bukanlah pertama kali berlaku, malah ia turut membabitkan beberapa insiden serupa yang mana kereta ditenggelami air.
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang korang boleh lakukan sekiranya berada di dalam situasi seperti ini. Jom kita lihat seperti tip yang telah dikongsi oleh laman YouTube Tech Insider ini.
• Kereta yang terjunam ke dalam air biasanya tidak akan terus tenggelam serta-merta dan ini bermakna mangsa masih boleh bertindak. Tetapi, jangan terus buka pintu kereta kerana tekanan air menyebabkan ia sukar untuk dibuka. Jika boleh dibuka, ia hanya membenarkan lebih banyak air masuk dan kereta tersebut akan lebih cepat tenggelam.
• Sebaliknya, buka tingkap kereta dengan cepat sebelum ditelenggami air kerana sekiranya kereta sudah tenggelam ia agak sukar untuk dibuka. Namun, korang boleh cuba pecahkan cermin kereta dengan mencabut kepala seat dan hentakkan pada cermin.
• Buka tali pinggang keledar, dan keluar daripada kereta.
Perkara asas jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini adalah mangsa tidak boleh panik dan cuba bertenang untuk melakukan langkah-langkah yang telah disarankan itu.
Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi ilmu serta manfaat buat semua.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE