
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai mengunakan perkhidmatan ‘delivery’ dan kurier untuk membeli barang secara ‘online’.
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar pusat operasi J&T dimana penerima barang di kawasan ‘Red Zone’ tidak akan menerima pesanan mereka. Hal ini disebabkan J&T tidak menghantar pesanan di beberapa “Red Zone” mengikut poskod.
J&T dah tak hantar parcel ke poskod ni 😱 pic.twitter.com/38zIflEu8i
— Adila Anak Buah MakCik Kiah #StayAtHome (@adilafarhanaali) April 4, 2020
Sila semak alamat poskod seperti berikut. Jika anda berada atau tinggal di kawasan berdekatan, ambil perhatian!
Terkini, maklumat yang tular tidak sepenuhnya tepat kerana J&T Express masih akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan zon merah, tapi akan berlaku kelewatan daripada biasa.
Bagi mengelak salah faham dan kekliruan, J&T Express mengeluarkan satu posting di Facebook. Baca kenyataan penuh di bawah:
Sebenarnya, bukannya J&T ni tak hantar ke kawasan ‘Red Zone’ cuma berlaku kelewatan daripada biasa. Namun mereka masih akan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan zon merah.
Ish…tu la netizen, semua benda nak viralkan walaupun tak tahu sahih atau tidak. So korang tak perlu la risau kalau barang korang tak sampai lagi tu k.
Parlimen Singapura ‘Halalkan’ Hubungan Intim Sejenis, Namun Tetap Larang Perkahwinan Sesama Jantina

Isu hubungan intim sejenis di Singapura sudah lama menjadi topik perdebatan dalam kalangan kerajaan dan rakyatnya.
Tatkala Singapura kini sudahpun menjadi salah sebuah negara moden paling unggul di dunia, sebilangan besar rakyatnya masih berpegang teguh kepada norma masyarakat Asia yang memiliki budaya dan agama keTimuran.
Lalu, topik-topik seperti hubungan intim sejenis sesama lelaki atau sesama wanita masih dianggap sebagai topik taboo dan dianggap sebagai sejenis jenayah seperti yang ditakrifkan di negara Asia Tenggara lain seperti Malaysia.
Di Singapura, pasangan homoseksual yang didakwa melakukan hubungan intim boleh dihukum penjara dua tahun walaupun undang-undang itu tidaklah dikuatkuasakan secara aktif.
Namun itu dahulu.

Parlimen Singapura pada minggu ini telah meluluskan undang-undang yang memansuhkan larangan hubungan intim sejenis. Kelulusan ke atas pindaan Seksyen 377A Kanun Keseksaan dalam undang-undang yang dicipta pada era kolonial itu dibuat setelah ia meraih 93 undi sokongan dan hanya ditolak oleh tiga ahli Parlimen.
Ahli Parlimen yang tegas menolak pindaan tersebut ketika ia dibahaskan selama dua hari terdiri daripada dua anggota parti pembangkang, Dennis Taan dan Gerald Giam (kedua-duanya daripada Parti Pekerja) dan seorang anggota Parlimen yang dilantik, Hoon Hian Teck. Dua ahli Parlimen lain iaitu Sylvia Lim dan He Ting Ru pula mengambil pendirian berkecuali.

Singapura menyatakan keputusan pindaan terhadap hubungan intim sejenis ini bertepatan demi mengelakkan kebimbangan awam yang memandangnya sebagai perlakuan jenayah.
Bagaimanapun, Parlimen Singapura masih menolak kebenaran perkahwinan sejenis dan tidak mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk menukar takrifan itu.
Ujar Masagos Zulkifli yang merupakan Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga negara itu, pemimpin agama atau pihak yang melangsungkan upacara perkahwinan dilarang mengubah definisi tersebut untuk perkahwinan sesama jantina dan ia masih dianggap bertentangan dengan undang-undang.
Malah, Perdana Menteri Singapura yang akan datang iaitu Lawrence Wong juga tidak memberikan gambaran akan apa-apa perubahan terhadap polisi tersebut apabila beliau mengambil alih tampuk kepimpinan.
ARTIKEL BERKAITAN: Vatican Melarang Perkahwinan Sejenis, Tuhan Tidak Boleh Merestui Dosa – REMAJA
*
Dalam kalangan komuniti homoseksual di Singapura pula, mereka menyambut baik keputusan Parlimen untuk tidak lagi memandangnya hubungan intim sejenis sebagai satu bentuk jenayah.
Namun, itu tidak bermaksud hak kehidupan mereka di Singapura sama sekali berubah.
Lapor Malaysia Kini, kanak-kanak yang dilahir dan dibesarkan oleh pasangan homoseksual (tidak kira pasangan lelaki atau wanita) tidak mendapat hak persekolahan dan mendapat hak kerakyatan kekal. Tanpa kerakyatan sah atau pas pelajar, kanak-kanak tersebut turut tidak dibenarkan menyertai sekolah swasta.
ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi Debat Piala Tun Razak 2019, SMAP Kajang Tarik Diri Bila Homoseksual Jadi Tajuk – REMAJA
Untuk pengetahuan korang, perlakuan hubungan intim sejenis dilarang di 69 buah negara; di mana 11 daripadanya masih mengenakan hukuman mati di bawah sistem perundangan masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Akhirnya, Didapati Bersalah Kes #JusticeForBella. 4 Fakta Mengenai Siti Bainun

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah perumpamaan yang boleh kita simpulkan dengan kes Siti Bainun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Video Siti Bainun Layan Penghuni Bagai ‘Hamba Abdi’ Ditayangkan
Terkini, terlerai sudah kes #JusticeForBella apabila pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah dan disabitkan terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebook Mona Din.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
5 Fakta Mengenai Siti Bainun
- Bukan Lagi Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang
Rata-rata netizen mendakwa bahawa Bainun merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang yang dilantik sejak tahun 2016 yang kemudiannya menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang dan calon Parlimen Belia Malaysia pada tahun 2018.
2. Penerima Anugerah Tokoh Muda Puteri UMNO Malaysia
Untuk rekod, Bainun merupakan tokoh Puteri UMNO yang menerima Anugerah Khas Pergerakan Puteri UMNO dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2016.
3. Najib Nafi Kenal Rapat Dengan Bainun
Susulan daripada pendedahan netizen mengenai Bainun merupakan penerima anugerah khas dari Najib pada 2016, bekas Perdana Menteri itu menerusi sebuah hantaran di media sosial menafikan bahawa beliau mengenali secara peribadi pengasas Rumah Bonda.
4. Rumah Bonda Pernah Mempunyai Kes Kematian
Mungkin ada yang masih ingat akan kisah adik Adam, bayi istimewa yang telah meninggal dunia di Rumah Bonda pada 3 Mei 2020. Susulan daripada tularnya kes adik Bella, netizen menuntut agar kertas siasatan adik Adam dibuka semula kerana disyaki mempunyai kes yang mencurigakan.
Seperti perkongsian Fdaus Ahmad yang tular di laman Facebook, ramai yang terkejut melihat keadaan fizikal adik Adam ketika di awal kelahirannya sehinggalah meninggal dunia.
Dalam hantaran Mohd Fadli Salleh pula, difahamkan Bainun tidak membenarkan post-mortem terhadap Allahyarham dibuat.
Sebelum ini isteri kepada Tunku Mahkota Johor pernah bersuara untuk menuntut keadilan bagi kes penderaan yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak sindrom down yang bernama Bella.
BACA: Kronologi Kes Penderaan Kanak-Kanak OKU, Selebriti Turut Tuntut #JusticeForBella
**
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pulak Dah.. Encik Sugu Didakwa Ada Senjata? Cer Tengok 7 Alat Berbahaya Yang Perlukan Lesen

Isi Kandungan
Toggle
Lepas satu, satu..
Kelmarin, REMAJA ada melaporkan mengenai dakwaan insiden penderaan yang melanda pasangan YouTuber popular, Sugu Pavithra. Encik Sugu berdepan dengan dakwaan mengakibatkan kecederaan terhadap isterinya itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Ia gara-gara rasa tidak puas hati apabila Puan Pavithra gagal menyebut nama suaminya itu semasa menyampaikan ucapan penerimaan anugerah daripada Datuk Bandaraya Ipoh.
ARTIKEL BERKAITAN : Kasihan Kak Pavithra, Cer Lihat 5 Lagi Penderaan Normal Pasangan
Terbaru hari ini, Encik Sugu didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memiliki senjata berbahaya.
Menurut laporan kepada rakan media, tertuduh didakwa memiliki sabit sepanjang 26 inci di perkarangan hospital itu pada hari Selasa lalu, kira-kira pada jam 6 petang.
Lantas, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.
Aduh, sabarlah Puan Pavithra..
Hasil pertanyaan REMAJA kepada rakan kami yang memiliki pengetahuan dalam bidang perundangan, sebenarnya ada senarai item berbahaya ataupun senjata yang tidak boleh dimiliki sekiranya korang tidak mempunyai lesen.
Jom lihat antara 10 barang yang tersenarai termasuk sabit. Mana tau ada di antaranya yang kita angggap boleh dimiliki sebagai alat mempertahankan diri namun sebenarnya salah di sisi undang-undang.
01
Flick Knife
Pisau bilah automatik apabila butangnya ditekan
02
Whip (Alat Sebatan)
Ini termasuklah yang diperbuat daripada kulit atau rantai basikal/motosikal.
03
Knuckle Duster
Senjata buku lima
04
Bearing Scraper
Ini adalah sebentuk pisau dengan tiga mata yang tajam
05
Senjata yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama
Ini termasuklah senjata seperti pedang, keris, parang dan pisau yang digunakan bagi upacara keagamaan.
06
Pedang & Parang
Sekiranya ia bukan untuk tujuan pertanian, cucuk tanam dan kegunaan di rumah, ia TIDAK dibenarkan.
07
Senjata Elektrik
Selalu kan kita tengok watak perempuan di dalam drama atau filem Hollywood yang menggunakan taser sebagai alat mempertahankan diri. Nope guys, senjata berkuasa bateri termasuklah taser, stun gun dan patrolite tidak dibenarkan.
*
Ada beberapa lagi item yang dikategorikan sebagai senjata berbahaya di bawah akta tersebut seperti pisau graviti, kapak bersaiz kecil, lembing dan crossbow (panah silang).
Lebih baiklah jika korang ridak memiliki benda-benda ini. Salah di sisi undang-undang jika membawa senjata untuk kegunaan menyerang di khalayak ramai.
Sekiranya korang memiliki item seperti kayu bola lisut contohnya di dalam kereta, korang perlu buktikan bahawa korang membawanya bersama kerana terlibat dalam aktiviti sukan bola lisut.
Senang cerita, usahlah membawa barang yang tidak sepatutnya ke kawasan luar rumah. Cuba bayangkan jika pihak polis menjumpai parang di dalam bonet kereta, macam manalah korang nak explain sebab adanya item itu kepada mereka?