Pendedahan bombshell pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada hari ini mengenai status perkahwinan keduanya kepada Ira Kazar telah menerima respon negatif daripada ramai pihak.
Salah satunya hadir daripada pelakon, Janna Nick yang merupakan sahabat rapat isteri pertamanya, Puteri Sarah. Janna menerusi beberapa hantaran di Instagram Story petang tadi tidak dapat membendung rasa marah terhadap kata-kata Syamsul dalam video pendedahannya.
Dedah Janna, dia sudah berkali-kali menyaksikan air mata Puteri Sarah mengalir termasuklah di set penggambaran sepanjang episod pergolakan rumah tangganya dengan Syamsul.
Lantas, Janna menyatakan tidak sewajarnya Puteri Sarah dilayan oleh Syamsul sebegitu rupa setelah dia mengenali Ira Kazar.
“Sorry I tak boleh dengan lelaki sebegini. Sumpah I cannot.
Ads
“Ambil anak orang cara elok. Pulangkan dengan cara elok kalau dah tak suka.
“Stop being manipulative. Jangan aniaya isteri, ibu kepada anak-anak sendiri. Kalau dah tak cinta lepaskan. Bukan gantung tak bertali. Jangan jadi ‘munafik’,” luah Janna.
Ads
Tambahnya lagi, kenyataan Syamsul kononnya Puteri Sarah tidak pulang ke rumah mereka adalah dusta. Amarah yang dirasakannya ini tidaklah berpunca daripada pernikahan Syamsul dengan Ira. Sebaliknya, ia berpunca daripada kenyataan Syamsul sendiri yang bagi Janna telah diputar belit.
“Aku ok je kalau dia buat announcement, ‘Ok ye saya dah bernikah’. Alhamdulillah, tiada lagi maksiat dan zina.
“Yang marah sangat tu bila dia cakap bini dia tak balik rumah. B******t! Jangan pijak perempuan!” tegas Janna.
Ads
Terdahulu, pengarah drama popular iaitu Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi sentimen sama yang dirasai Janna sebagai pemerhati luar konflik rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.
“Sebenarnya, bukan takdir hidup dimadu itu yang dikisahkan sangat. Tetapi hakikatnya penipuan serta penafian yang membuatkan hati seakan disiat-siat pedih. Rasa diri ini bodoh sangat. Faham,” catatnya di Instagram.
Sebagai info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah disatukan pada 8 Mac 2014. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8 dan Summayah, 3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti terkenal Malaysia, Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan anak sulung hari ini seperti yang dimaklumkan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohd Khair-ril Anuar.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Wan Emir menampilkan gambar dirinya dan isteri sedang memegang gambar ultrasound bayi mereka ketika di dalam kandungan.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW. Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat,” kongsinya penuh kesyukuran menyambut kalahiran anak sulung mereka.
Sambungnya lagi, “Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga. May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, amin ya rabbal alamin.”
Menjadikan momen kelahiran ini lebih manis, anak sulung mereka berkongsi tarikh lahir dalam calendar Islam yang sama iaitu pada 9 Syawal. Mira yang dilahirkan pada 2 April 1993 bersamaan 9 Syawal 1413 manakala anak mereka pula lahir pada 10 Mei 2022 bersamaan 9 Syawal 1443.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 3 September 2020 dan telah mengadakan beberapa majlis gilang-gemilang untuk meraikannya bersama keluarga dan juga sabahat handai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi bersuara emas, Aliff Aziz mencuri perhatian para pengikutnya apabila memuat naik satu hantaran di platform Instagram sebagai tanda penghargaan buat isteri tercintanya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Mencoretkan dedikasi teristimewa sempena perkenalan hampir sedekad, sepanjang hidup bersama dengan isterinya itu, penyanyi lagu hit Kalau Cinta tersebut menyifatkan isterinya sentiasa berada di sisi meski terpaksa melalui pelbagai ujian sepanjang mereka berumah tangga.
Selain itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang isteri yang terbaik buat dirinya dan juga anak-anak kecilnya.
“Sudah lama saya tidak memuat naik posting penghargaan buat isteri. Foto pertama dan kedua adalah pada tahun 2014 di mana saya dan isteri bertemu.
“Masa itu saya berada dalam fasa paling terendah dalam hidup dan hampir berputus asa. Terima kasih sayang atas pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan beri saya dua cahaya mata di dunia ini.
“Berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih 10 tahun. Penuh suka dan duka, awak sentiasa bersama saya. Semoga Allah merahmatimu dengan khayr yang kekal di sini dan di akhirat kelak,” coretnya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon naskhah popular Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berterima kasih buat isterinya kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidupnya dan membuatkan dirinya berada di tahap ini.
“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita,” katanya lagi.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasangan romantik, penyanyi Zayn Malik dan model Gigi Hadid telahpun menyambut kelahiran anak sulung perempuan mereka menerusi media sosial pada hari ini.
Bagaimanapun, hari kelahiran sebenarnya adalah pada hujung minggu lalu, seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.
Foto pengumuman tersebut menunjukkan Zayn sedang membelai anaknya sambil Gigi memuat naik caption berbunyi, “Anak perempuan telah dilahirkan ke dunia pada hujung minggu lepas dan dia telahpun mengubah dunia kami. So in love”.
Zayn juga tak melepaskan peluang untuk berkongsi berita gembira tersebut menerusi foto comenl seperti di bawah.
“Inilah anak perempuan kami, sihat dan cantik. Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya buat masa ini.
“Kasih yang saya terima hanya daripada tangan bayi kecil yang saya genggam ini amatlah hebat. (Saya) bersyukur untuk mengetahuinya, saya bangga untuk memanggilnya anak saya dan saya bersyukur terhadap kehidupan yang kami ada bersama.”
Seperti yang dijangka, ramai selebriti Hollywood mulai mengerumuni bahagian komen dan status untuk mengucapkan tahniah kepada Zayn dan Gigi.
Hailey Bieber
Olivia Culpo
Halima Aden
Patrick Schwarzenegger
Kourtney Kardashian
CHLOE x HALLE
Ashley Tisdale
Tambah comel sangat ayah kepada Gigi, Mohamed Hadid juga melontarkan ucapan tahniah. “Tahniah … Kasih Jido (panggilan datuk) akan selalu menjadi milik kamu, baby girl.”
Bagaimanapun, ucapan tahniah daripada ahli kumpulan One Direction seperti Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson masih tidak kelihatan. Besar kemungkinan mereka telahpun mengucapkannya secara private.
*
Ini cara Zayn dan Gigi mengekalkan hubungan mereka.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...