“Jangan Pijak Perempuan!” Janna Nick ‘Meletup’ Lepas Jadi Saksi Kesedihan Puteri Sarah Selama Ini

Share

Pendedahan bombshell pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada hari ini mengenai status perkahwinan keduanya kepada Ira Kazar telah menerima respon negatif daripada ramai pihak.

Syamsul Yusof mendedahkan dirinya telahpun menikahi Ira Kazar secara sah di Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Jelaskan Status Perkahwinannya, Minta Puteri Sarah Pulang Ke Rumah

Salah satunya hadir daripada pelakon, Janna Nick yang merupakan sahabat rapat isteri pertamanya, Puteri Sarah. Janna menerusi beberapa hantaran di Instagram Story petang tadi tidak dapat membendung rasa marah terhadap kata-kata Syamsul dalam video pendedahannya.

Janna Nick

Dedah Janna, dia sudah berkali-kali menyaksikan air mata Puteri Sarah mengalir termasuklah di set penggambaran sepanjang episod pergolakan rumah tangganya dengan Syamsul.

Lantas, Janna menyatakan tidak sewajarnya Puteri Sarah dilayan oleh Syamsul sebegitu rupa setelah dia mengenali Ira Kazar.

Sorry I tak boleh dengan lelaki sebegini. Sumpah I cannot.

“Ambil anak orang cara elok. Pulangkan dengan cara elok kalau dah tak suka.

Stop being manipulative. Jangan aniaya isteri, ibu kepada anak-anak sendiri. Kalau dah tak cinta lepaskan. Bukan gantung tak bertali. Jangan jadi ‘munafik’,” luah Janna.

Puteri Sarah

Tambahnya lagi, kenyataan Syamsul kononnya Puteri Sarah tidak pulang ke rumah mereka adalah dusta. Amarah yang dirasakannya ini tidaklah berpunca daripada pernikahan Syamsul dengan Ira. Sebaliknya, ia berpunca daripada kenyataan Syamsul sendiri yang bagi Janna telah diputar belit.

“Aku ok je kalau dia buat announcement, ‘Ok ye saya dah bernikah’. Alhamdulillah, tiada lagi maksiat dan zina.

“Yang marah sangat tu bila dia cakap bini dia tak balik rumah. B******t! Jangan pijak perempuan!” tegas Janna.

Terdahulu, pengarah drama popular iaitu Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi sentimen sama yang dirasai Janna sebagai pemerhati luar konflik rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.

“Sebenarnya, bukan takdir hidup dimadu itu yang dikisahkan sangat. Tetapi hakikatnya penipuan serta penafian yang membuatkan hati seakan disiat-siat pedih. Rasa diri ini bodoh sangat. Faham,” catatnya di Instagram.

Detik bahagia Syamsul Yusof bersama Puteri Sarah.

Sebagai info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah disatukan pada 8 Mac 2014. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8 dan Summayah, 3.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ