Mulanya, aksi pemain skate board Malaysia ini menerima kecaman netizen sehinggakan dia merasa stres.
Sebaik saja tamat acaranya, Fatin Syahirah terus ambil keputusan untuk memadam atau archive kesemua foto miliknya di Instagram.
Hanya kadangkala, dia memuat naik Instagram Story dengan caption “Sorry Malaysia” dan “Terima kasih kepada yang menyokong.”
Walaupun masih menerima kecaman, ternyata lebih ramai yang memuji semangat Fatin yang berani bertanding di acara sukan kedua terbesar di dunia itu walaupun baru berusia 16 tahun.
Terbaru, Fatin turut menerima kata-kata semangat dari lagenda skateboarding, Tony Hawk!
Tony berkongsi kisahnya yang juga tak pernah berputus asa walaupun selalu dikecam ketika mula-mula menceburi pertandingan.
“Awak boleh menjadi inspirasi kepada generasi skateboarders muda Malaysia. Jangan putus asa. Mereka hanya mengecam kerana mereka semdiri tak yakin untuk mengejar impian,” tulis Tony
Komen tersebut telah menerima lebih 2000 likes setakat hari ini. Selain daripada Tony, penyanyi Yuna dan skateboarder terkenal, Song Daewon juga menyatakan sokongan mereka kepada Fatin.
So pada yang masih gatal nak mengecam tu, tak perlulah buang masa. Sedangkan Tony pun boleh berikan sokongan, malulah kalau kita sendiri tak menyokong atlet negara sendiri.