Jangan Ragu-Ragu, Ini Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan

Share

Selalu kita mendengar pepatah atau  istilah ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri China’ kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap orang.

Namun, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sebenarnya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau PHD tapi teragak-agak.

ARTIKEL BERKAITAN : Taylor Swift Terima Gelaran Doktor Falsafah Dari Universiti New York

Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkerjaya dan dah meninggalkan bidang pendidikan untuk beberapa lama. Niat di hati memang nak sambung belajar, cuma kadang timbul rasa ragu-ragu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Sitijamil92

) yang merupakan seorang isteri dan juga pendidik baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik).

 

Menurutnya, pengajian tersebut yang diambil selepas bekerja merupakan suatu keputusan yang tepat kerana permintaan dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian dan memerlukan kelulusan lebih tinggi.

Tidak salah untuk kita mengejar lebih banyak ilmu kerana kemajuan teknologi juga membuatkan para pengajar perlu seiring dengan zaman IT yang dilalui oleh para pelajar.

Kelebihan sambung ke peringkat ijazah sarjana

Menurut wanita ini, banyak juga kelebihan sambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pendidikan. Antaranya:

1. Proses pengajaran semakin kreatif

Untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, anda perlu membuat banyak kerja lapangan serta kajian untuk mendalami tentang sesuatu topik. Proses ini dapat memberikan pelbagai pengalaman yang boleh menjadikan pengajaran lebih kreatif serta jelas dan mudah difahami.

2. Persediaan untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsasah (PhD)

Sebelum boleh menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), anda perlu menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu. Proses bagi kedua-dua peringkat pendidikan juga hampir sama.

3. Perbezaan gaji mengikut tahap pendidikan

Senang kata, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin tinggi juga gaji mereka dalam sesuatu bidang.

Bila kita mengambil keputusan untuk sambung belajar, biarlah niatnya betul. Sebab bukan semua orang kuat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga tamat. Pembelajarannya juga tidak sama seperti ketika anda di peringkat ijazah sarjana muda.

Jadi kepada anda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana, good luck!

ARTIKEL BERKAITAN : Nak Sambung Master @ PHD Tapi Tak Tahu Macam Mana Nak Mula? Ini 6 Langkah Yang Boleh Korang Buat

Namun begitu, thread ini hanyalah pandangan peribadi beliau saja dan tidak menggambarkan pandangan umum. Jadi, korang fikir-fikirlah sendiri ya?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER : Twitter (Sitijamil92), 1

Published by
Nana