Hiburan

“Jangan Risau, Saya Akan Baik-Baik Saja…” Bambam Tenangkan Peminat Selepas Kongsi Status Yang Cetuskan Kebimbangan

Share

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, BamBam mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat selepas memuat naik status yang membimbangkan di media sosial pada pagi 25 Julai.

BamBam atau nama sebenar Kunpimook Bhuwakul (27) telah meluahkan perasaan ingin ‘tidur’ dan ‘tidak mahu bangun’ pada pukul 2 pagi tadi sehingga menimbulkan rasa panik di kalang peminat.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu riBBon itu berkongsi status terkini menerusi aplikasi yang sama dan menyatakan bahawa dia sebenarnya baik-baik sahaja.

Beberapa hari yang lalu, selepas BamBam mengumumkan dia bakal melancarkan album baru berjudul Bamesis. Ramai peminat yang tidak sabar dan meluahkan rasa gembira dan teruja dengan kemunculan BamBam.

Namun, ia bertukar menjadi panik selepas penyanyi itu berkongsi keadaan terkini dan peminat mengandaikan BamBam mungkin mengalami kelelahan yang melampau sehingga terpaksa meluahkan perasaan yang sedemikian.

“Cuma nak berehat dan tak nak bangun. Jadi saya boleh berehat”

Dalam pada itu, peminat BamBam turut meluahkan rasa kecewa dan marah kepada label yang menguruskan penyanyi tersebut iaitu Abyss Company.

“Sebelum ini BamBam pernah suarakan yang dia tak dapat berehat dan terlalu penat. Sekarang dia perlu buat comeback dan beberapa showcase tour walaupun baru saja selesai konsert jelajah dunia 5 bulan lalu?”

Menurut beberapa sumber, ini bukannya pertama kali BamBam meluahkan perasaan kerana keletihan melampau dan sebelum ini penyanyi itu pernah mengeluarkan kenyataan melalui ciapan di aplikasi X yang berbunyi, “Saya betul-betul perlukan rehat.”

Ciapan berkenaan telah direspon oleh peminat yang mencadangkan dia agar mengambil cuti untuk beberapa minggu tetapi idola K-Pop tersebut membalas, “Jika mereka benarkan saya.”

Terkini, BamBam telah tampil menjelaskan keadaan dan meminta agar peminat tidak terlalu khawatir. Dia juga meminta maaf kerana telah menimbulkan kerisauan.

“Terlalu banyak tekanan dan stres. Badan saya pun sudah lama kurang sihat. Sekarang saya juga mudah beremosi dan sensitif”

“Saya akan lakukan yang terbaik tahun ini dan akan cari masa untuk berehat”

“Saya akan baik-baik saja, maaf kalau buat awak semua risau”

Kesiannya BamBam, harap segala aktivitinya pada tahun  ini segera selesai. Jadi bolehlah dia bercuti dan berehat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE