Jangan Salah Bagi “Love”, Kenali Maksud Disebalik Simbol Emoji Ini

Share

Siapa sangka di sebalik emoji comel yang diwujudnya maksud tersendiri.

Penulis percaya ramai je antara kita yang suka mengunakan emoji di whatsApp kerana ia lebih senang  menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti oleh kita, yang selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.

Penulis sendiri pun baru tahu mengenai fungsi atau maksud di sebalik simbol emoji love yang berwarna-warni di whatsapp ini. Dan pasti korang semua akan terkejut lepas tahu maksud sebenar simbol emoji ‘love’ whatsapp yang selama ini kita guna.

Menurut Wired, setiap ikon hati ini mempunyai maksudnya yang berbeza…

Hati merah

Sumber Gambar : The Sun

Bermaksud simbol klasik hati berwarna merah ini melambangkan cinta sejati. Ianya boleh digunakan untuk menyampaikan keghairahan dan cinta, dan anda boleh menghantarnya kepada pasangan anda.

Hati putih

Sumber Gambar : The Sun

Hati putih ini boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan cinta yang murni, yang tidak dapat dihancurkan. 

Simbol hati ini boleh digunakan untuk melambangkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak, atau pun cinta yang akan berkekalan walaupun diuji dengan masa.

Hati Hitam

Sumber Gambar : The Sun

Sebilangan pengguna internet memilih untuk menggunakannya ketika mereka cuba untuk menyatakan lawak yang sensitif. Digunakan dalam konteks yang berlawanan dengan hati merah, ikon hitam ini dapat menggambarkan kesakitan atau kesedihan.

Hati kuning

Sumber Gambar : The Sun

Apabila bentuknya berwarna kuning atau emas, ianya menandakan kebahagiaan dan persahabatan. Di aplikasi Snapchat, simbol hati ini muncul di sebelah nama orang yang paling anda gemari.

Hati hijau

Nama lain bagi ikon ini adalah “emoji hati cemburu”. Selain menunjukkan perasaan iri hati, ianya kadang kala melambangkan organik serta kehidupan yang sihat.

Hati ungu


Digunakan untuk menggambarkan emoji ketika mereka sedang melafazkan perasaan kasih sayang atau cinta. Ianya juga boleh digunakan untuk melambangkan kemewahan. Apabila pengguna media sosial berkongsikan gambar-gambar solekan atau pakaian mereka, mereka akan sering menggunakan hati ungu ini.

Hati biru

Hati biru ini juga dapat melambangkan kepercayaan, keharmonian, kedamaian dan kesetiaan. Ikon ini telah banyak digunakan oleh mereka yang berusaha menunjukkan sokongan untuk Autism Awareness.

Hati berkilau

Maksud
Menurut Dictionary.com, hati yang berkilau ini “menunjukkan cinta dan kasih sayang,sering menggambarkan ton yang baik, gembira, dan bergurau”.

Kegunaan
Emoji hati berkilau ini juga dikenali sebagai emoji bintang hati, sering digunakan oleh pengguna Instagram untuk menarik perhatian pada catatan mereka.

Hati berdegup

Maksud
Ikon ini juga dikenali sebagai emoji penggera jantung dan menunjukkan bentuk intensif emoji jantung klasik.

Kegunaan
Ianya sering digunakan oleh mereka yang mempunyai perasaan gementar apabila menhantar pesanan kepada orang yang tersayang.

Hati yang semakin membesar

Maksud
Emoji merah jambu yang kelihatan seperti hati yang duduk didalam hati yang lain telah diciptakan untuk memberikan gambaran berkenaan cinta yang semakin bertambah.

Kegunaan
Ianya digunakan untuk menunjukkan perasaan yang semakin bercambah dan kadangkala digunakan untuk melambangkan yang mereka sedang jatuh cinta.

Hati retak

Maksud
Emoji ini sering dikenali sebagai emoji patah hati dan ianya sering menggambarkan perasaan cinta yang tidak menjadi.

Kegunaan
Ianya sering digunakan untuk mewakili perasaan penderitaan, pengkhianatan dan kepercayaan yang rosak.

Hati oren

Maksud
Anda mungkin ingin menggunakan emoji hati oren ini untuk menunjukkan perasaan ketenangan, ambil berat dan keselesaan kerana warnanya sering dikaitkan dengan kehangatan dan cahaya.

Kegunaan
Ianya boleh digunakan untuk rakan-rakan bagi menghantar mesej galakan serta sokongan.

Tanda seru hati

Maksud
Hati jenis ini adalah lanjutan tanda seru dan ianya menunjukkan yang anda bersemangat terhadap sesuatu topik itu.

Kegunaan
Anda boleh pilih untuk menggunakan hati ini jika anda sepenuhnya bersetuju dengan seseorang, atau ingin menunjukkan kegembiraan anda.

Hati dengan anak panah

Maksud
Hati ini, yang menampilkan panah daripada dewi asmara, mewakili jatuh cinta atau perasaan baru.

Kegunaan
Gunakan ini pada permulaan percintaan untuk menunjukkan bahawa anda terpukul, atau gunakan pada hari kekasih bagi menunjukkan semangat masih ada.

Dua hati

Maksud
Emoji dua hati ini mewakili “cinta yang sedang berkumandang” dan menunjukkan perasan saling mencintai antara dua orang.

Kegunaan
Anda boleh memilih simbol ini untuk menunjukkan cinta serta semangat anda dengan pasangan, dan untuk menunjukkan percintaan.

Hati dengan reben

Maksud
Emoji hati dengan reben ini melambangkan anda memberikan hati anda kepada seseorang, seperti anda mahu memberikan sebagai hadiah.

Kegunaan
Hantarkan ini kepada seseorang yang anda minati untuk menunjukkan kesetiaan anda.

Jadi lepas ni, jangan la suka hati bagi ‘love’ berwarna tu okay!

Sumber: The Sun

 

Published by
Nana