Jangan Salahkan Diri Tak Kurus Kalau Masih Buat 5 Kesilapan Ini Waktu Exercise

Share

Nak kurus, nak kurus, nak kurus! 5 tahun dah simpan azam nak kurus tapi sampai sekarang masih belum nampak hasilnya.

Kenapa susah sangat nak kurus ni?

Bukan susah beb, tapi kalau korang tak fokus dan sering ambil mudah dalam usaha mengurangkan berat badan, memang sampai kesudahlah impian kurus korang tu jadi angan-angan.

Kadang, kita tak sedar rutin harian yang dilakukan itu menjadi antara faktor kepada kegagalan misi kurus ini. Jadi penting untuk korang tahu setiap kesilapan yang dibuat supaya tak lah asyik tertanya-tanya kenapa berat badan tak turun, malah makin naik.

Pergi gim setiap hari, berpeluh bagai nak rak feeling macam 30 minit exercise dah boleh turun 10 kg. Tapi hakikatnya, berat badan masih pegun dan pejal seperti dulu.

Ada lima kesilapan yang biasanya dilakukan tanpa sedar sewaktu ingin menurunkan berat badan. Nah, cuba korang semak di antara yang kami senaraikan ini, ada atau tak rutin-rutin yang selalu korang buat.

1. Hanya melakukan kardio

Yes, kardio dapat membakar kalori dengan cepat tapi kalau hanya berlari, berbasikal atau berenang, tidak melakukan strength training, korang akan hilang peluang untuk memaksimumkan pembakaran kalori jika tidak melakukan rutin ini.

Bila muscle mula tumbuh, semakin tinggi potensi untuk pembakaran lemak pada tubuh dan latihan berat ini dapat membantu korang membakar lemak dengan cepat. Ini bermaksud, korang boleh melakukan latihan yang lebih singkat dan mendapatkan hasil yang lebih baik.

2. Skip latihan intensif

High-intensity interval training adalah salah satu latihan terbaik untuk penurunan berat badan. Latihan ini dilakukan semasa kardio dan strength training selama lebih kurang 40 saat pada setiap satu exercise dan diselitkan 20 saat untuk waktu ‘rehat’.

Contoh latihan intensif ini adalah seperti berlari, berbasikal, berenang dan disertakan sekali dengan latihan kekuatan fizikal seperti burpees, squats

atau push-ups.

3. Tidak konsisten

Berjalan kaki selama 20 minit sehari sangat baik untuk pengaliran darah tetapi aktiviti ini saja tak cukup untuk menurunkan berat badan korang.

Sama juga kalau setakat menyertai kelas yoga atau hanya berjoging, jangan harap nak dapat hasil yang menakjubkan.

Jadi, apa perlu korang buat?

Latihan di gimnasium perlu dilakukan secara berkala selama lebih kurang 45 minit, tiga hingga empat kali seminggu untuk melihat hasilnya. Lakukan secara konsisten jika mahu lihat penurunan berat badan yang baik.

4. Latihan kecergasan yang sama

Setelah berhempas pulas melakukan exercise tapi hasilnya berat badan korang tetap mendatar dan tak turun-turun (plateau), ini mungkin kerana disebabkan korang melakukan exercise yang sama tiga hingga lima kali seminggu.

Pada waktu itu, otot mungkin sudah terbiasa dengan rutin tu, so korang perlu mengubah gerak senaman yang lain sekurang-kurangnya setiap enam minggu.

Nak lebih berhasil, lakukan sesuatu yang berbeza setiap kali exercise. Latihan gaya cross fit

atau ala-ala boot-camp adalah contoh yang paling baik.

5. Tak jaga makan

Sebenarnya, perkara ni yang paling susah nak dikawal. Exercise la hari-hari tiga jam pun, kalau tak jaga makan memang tak akan berhasil.

Jangan jadikan alasan bersenam setiap hari membolehkan korang untuk makan apa saja. Untuk mengurangkan berat badan, korang perlu membuat defisit kalori iaitu kalori yang patut diambil pada setiap hari.

Pastikan korang tak mengambil jumlah yang sama seperti kalori yang telah dibakar sewaktu melakukan exercise. Kalau tak, memang sia-sia je la.

Okay jujur cepat, dalam lima kesilapan ni, berapa banyak yang korang buat?

Sumber: popsugar.com

Published by
Noor Ain Norman