Mesti korang pun ada sahut cabaran ‘Add Yours Challenge’ di Instagram kan?
Memang seronok tapi tanpa korang sedar permainan yang kita anggap untuk suka-suka ini boleh mengudang bahaya. Mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami betapa liciknya para scammer di luar sana.
Awal November lalu, Instagram memperkenalkan ‘Add Yours’ sticker yang membolehkan pengguna mencipta rangkaian umum di ‘Insta story’ dimana pengguna yang memulakan ‘Add Yours’ sticker tersebut boleh melihat respon dari pengguna yang menggunakan sticker mereka.
Jadi ramailah pengguna Instagram mencipta pelbagai ‘challenge’ di ‘Add Yours’ sticker tersebut. Namun lama-kelamaan soalan yang diutarakan pula makin terperinci sehingga melibatkan maklumat peribadi seperti umur, nama panggilan, beza usia pasangan, tandatangan dan sebagainya.
Memudahkan ‘Kerja’ Scammer
Malah, satu kes penipuan dan scammer telah berlaku di negara jiran kita, Indonesia melibatkan cabaran ‘Add Yours Challenge’ ini. Scammer yang licik telah berjaya menipu mangsa dengan menggunakan maklumat dan informasi yang dikongsi.
Menurut laporan, mangsa telah ditipu sebanyak 35 juta rupiah oleh individu yang menyamar sebagai ibu saudaranya yang amat memerlukan wang.
Maklumat ini dikongsi oleh pengguna Twitter di bawah nama @ditamoechtar_ yang mengatakan penipu tersebut meminta rakannya untuk memindahkan wang dan apa yang membuatkan rakannya percaya untuk memberikan wangnya kerana penipu tersebut memanggil nama panggilannya iaitu ‘Pim’.
“Pim adalah panggilan kecil teman saya, yang hanya orang dekat tau,” jelas Dita.
Hal ini telah menjadikan perkara yang sepatutnya menjadi maklumat peribadi boleh diketahui umum. Lantas, maklumat ini kemudiannya boleh dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Satu page di Facebook iaitu OMG Hackers turut berkongsi dan memberi peringatan kepada semua agar tidak terjebak membongkar data dan maklumat korang kepada orang asing.
“Anda kenal ke siapa yang tanya tu? Bila anda join sekali challenge, orang yang buat dan join tu akan dapat dan nampak semua maklumat yang anda tulis. Punya lah banyak maklumat yang orang share,” tulis Wongso.
Hmm…Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.
Seram kan? Moga jadi peringatan kepada semua…Ishh takutlah…
Sumber: VOI Facebook OMG Hackers, Twitter